BAB 50: WUJUDKAH CINTA SEBENAR?

149 18 0
                                    

LOKASI: KAWASAN ELITE HEIGHTS

WAKTU: SIANG HINGGA MALAM

Loceng berbunyi. Iman bergegas membuka pintu. Dia sudah diberitahu siapa yang datang.

"Ta daa!" Irdina mendepangkan tangannya dan mereka terus berpelukan.

"Wah! Best rumah kau Iman," kata Irdina sambil menepuk-nepuk sofa kulit di ruang tamu itu. "Eh, aku ni tuan rumah tak jemput lagi dah duduk."

"Rumah Abang Zuhal," jawab Iman sambil duduk di sebelah Irdina.

"Rumah kau juga."

"Yelah . . . Aku yang lama duduk dalam rumah ini . . . Dia balik malam sahaja."

"Kahwin dengan orang kaya, macam itulah. Bukan diorang ada masa untuk kita."

Iman terdiam mendengar kata-kata Irdina.

Orang kaya? Jerung lebih tepat.

Paha Irdina ditepuknya. "Kau tengah buat apa sekarang?"

"Aku dah buat permohonan untuk sambung belajar."

"Mesti di KL kan? Abang Akbar di sana sekarang."

"Hahaha!" Mereka ketawa.

"Makan tengah hari sini ya? Aku masak."

Berkerut kening Irdina. "Kau dah pandai masak ke?"

"Setakat masak spaghetti atau steak, aku boleh saja. Spaghetti tu aku belajar dari Abang Zuhal. Masak steak tu aku belajar dari Kak Lila, kakak ipar angkat aku tu. Tapi jangan suruh aku masak udang ke, ketam ke . . . Serius . . . Aku tak tahu," jelas Iman.

"Abang Zuhal tak balik makan tengah hari?"

"Tak. Selalunya dia makan dengan klien atau gang dia."

"Jom . . . Aku teman kau masak." Irdina menawarkan diri. Dia pandai juga memasak kerana hanya dia seorang anak perempuan Datuk Sulaiman.

"Kau nak makan apa?" soal Iman.

"Spaghetti kot?"

"Itu mudah sangat."

Sambil menyiapkan bahan-bahan spaghetti, mereka bersembang.

"Kau tahu, ada perempuan gila suka dengan Abang Zuhal. Bekas classmate dia masa sekolah menengah."

"Seriously?"

"Hari tu dia serang kami dengan asid. Abang Zuhal yang kena."

"Astaghfirullah hal 'azim!"

"Duduklah dia di hospital dua hari."

"Susah juga jadi orang handsome ni erk?"

"Apa kurangnya Akbar. Kau pun kena hati-hati . . . Silap-silap ada polis perempuan suka kat Akbar." Iman menghasut.

"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara lelaki memberi salam. Tak sempat Irdina menjawab hasutan Iman.

"Eh, Dina, kau yang pakai tudung, Kau tengok siapa tu?"

Irdina menjenguk dari dapur. "Abang Akbar dengan Abang Zuhal."

"Alamak!" Iman meraba kepalanya.

"Mana tudung kau?" soal Irdina.

"Tolong bagi tahu Abang Zuhal, aku tak pakai tudung."

Irdina bergegas pergi dan kembali dengan sehelai tudung hitam jenis sarung. Cepat-cepat Iman sarungkan kepalanya dan keluar.

"How's my baby?" soal Zuhal, yang disulam senyuman manis.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now