BAB 30: TENTERA GAJAH

167 21 5
                                    

Ini BAB 'SAVED BY THE ELEPHANTS' yang ditukar tajuk. Isi sama. Yang dah baca, tak perlu baca lagi. Tapi kalau nak baca lagi, amat dialu-alukan.

LOKASI: DI DALAM HUTAN 

WAKTU: 24 JAM

Berita Cempaka dan Akbar tidak sampai ke lokasi gajah yang hendak dirawat buat Azem benar-benar berang. Maklumat itu diberitahu oleh penguatkuasa hutan yang menunggu mereka di Post 99. Mereka tunggu sehingga jam 2.00 petang. Cempaka, Akbar dan pemandu (Penguatkuasa dari Lembaga Perlindungan Hidupan Liar) tidak tiba di pusat kawalan keluar masuk hutan itu. Perjalanan ke Post 99 sepatutnya memakan masa kira-kira 2 jam, dengan kereta dan bot. 

Dua Penguasa Hutan di Post 99 kemudiannya pergi menyusul setelah panggilan kepada pemandu tidak berjawab. Mereka mendapati kereta rasmi Lembaga tersadai di tepi jalan. Pemandu tiada. Kemudian mereka dihubungi hospital. Pemandu sedang menerima rawatan kerana cedera. Dia dibawa ke hospital oleh pengguna jalan raya yang menemuinya pengsan di tepi jalan. 

Hilang semua wajah polos Azem. Yang terpamer hanya wajah bengis.

"Sabar Azem. Kita tunggu helikopter dari SLY dan SIU," kata Asyraf.

Helikopter SIU memiliki pelancar drone dan boleh dipantau serentak semasa dalam penerbangannya. Justeru, apa-apa tindakan dapat diambil dengan pantas. Tetapi helikopter SLY tidak memiliki keupayaan itu kerana ia bukan bertujuan untuk aktiviti pengintipan.

Azem semakin geram kerana operasi menyelamat ini perlu bantuan SIU. Maknanya bantuan Komander Imran. Dia melihat Komander Imran masih menyimpan perasaan kepada Cempaka. Dalam usaha menyelamat itu, hati cemburunya tidak mahu Komander Imran menjadi 'hero.'

Hampir tiga puluh minit menunggu baru helikopter tiba. Helikopter SIU tiba dahulu. Maka ia segera dinaiki dan terbang dahulu.

Komander Imran, Asyraf, Azem dan Jonathan (pegawai SIU pengendali drone) menaiki satu helikopter. Jonathan duduk di hadapan bersama pilot.

Data berkaitan pemetaan kawasan penculikan dan risikonya telah dibuat oleh Komander Imran dan orang-orangnya semasa dalam perjalanan helikopter itu. Imej-imej dari satelit dikaji.  Malangnya, disebabkan keadaan hutan yang tebal, satelit gagal mengesan ke mana Cempaka dan Akbar dibawa.

Lalu pengesanan lokasi dijalankan menerusi proses knowledge discovery. Di sinilah letaknya sebahagian daripada kepakaran SNAP, menerusi software yang mereka cipta sendiri. Namun aplikasi SNAP ada kelemahannya kerana kemahirannya mencari orang hilang belum pernah diuji. Bagaimanapun dengan penggabungan kemahiran bersama SIU, kerja pencarian dapat dilakukan dengan lebih fokus.

Waktu mereka disedari hilang, di mana kali terakhir tracker yang dipakai Akbar dan Cempaka dimatikan, semuanya dalam perkiraan penyelamat. Menjadi kebimbangan mereka kebisuan penculik yang tidak menghubungi keluarga. Ini yang menakutkan. Ia menunjukkan tujuan penculikan bukan untuk mendapatkan wang tebusan.

Mungkin untuk menyiksa dan membunuh sahaja.

Kerana itu, pencarian mesti dibuat dengan pantas.

Di mana mereka disembunyikan?

Di dalam tanah? 

Tak Mungkin. 

Maklumat daripada data pemetaan tidak menunjukkan wujudnya pembinaan di dalam tanah.

Di dalam gua? Mungkin. Wujud beberapa gua yang tidak berapa besar. Tetapi takkan penculik membawa mangsa ke dalam gua. Ia terlalu ketara. 

Maka tindakan drastik diambil dengan menculik Suzanna dan merampas telefon bimbitnya. Ia dilakukan bersandarkan intuisi Akbar sebelum ini tentang aura Suzanna yang memiliki energi negatif. Kerja mencuik Suzanna dilakukan oleh Zuhal dengan kerjasama orang-orang SIU.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now