BAB 17: DILEMA

189 18 4
                                    

LOKASI: TERATAK MARIAH,  ELITE HEIGHTS

WAKTU: TIADA PENENTUAN

"Mama asyik suruh nikah. Papa tak bagi. Dua orang tua ni kepala tak sama," gumam Zuhal, sebaik sahaja masuk ke dalam biliknya.

Pintu  dikunci. Takut Iman datang lagi tengah malam. Takut dirinya tak tahan imannya tergoda.

Prasangka? 

Tidak.

Nafsu seringkali menipu cinta.

Iman memang punya pakej lengkap, dari segi fisikal untuk jadi isteri seorang COO muda. Dia bukan perlu isteri merangkap tukang masak atau tukang kemas rumah. Yang penting Iman mampu 'melayan' kehendaknya. 

Kehendak apa lagi? Kehendak seorang yang bergelar suami.

Eh? Ke situ pula. Tadi kata tak bersedia untuk nikah.  

Pintu diketuk.

Takkan Iman? Iman bukan tahu ketuk pintu.

"Zuhal, buka pintu ni. Papa tahu kamu belum tidur."

Lega.

 Tan Sri Adnan berdiri di pintu. "Boleh papa masuk? Papa nak cakap sikit."

Zuhal mengiring untuk memberi laluan. Kemudian dia tutup dan kunci pintu.

Tan Sri Adnan duduk di birai katil. Zuhal mengambil kerusi dan duduk di hadapannya. Ajaran mamanya: Jangan berhujah sambil berdiri jika orang tua duduk, kecuali disuruh.

"Apa perasaan kamu pada Iman?" Terus sahaja Tan Sri Adnan menerjah.

Zuhal melarikan matanya daripada renungan Tan Sri Adnan.

"Apapun jawapan kamu, papa tak marah. Papa tanya sahaja." Suara Tan Sri Adnan yang tadi agak keras, dilembutkan.

Zuhal menarik nafas panjang. Dia harus berterus terang.

"Papa sendiri tahu apa perasaan Zuhal pada Iman, sejak Zuhal bawa Iman masuk rumah ini . . ."

Tan Sri Adnan memotong. "Tapi kamu dah tak jumpa dia 10 tahun."

"Itu tidak merubah apa-apa. Malah . . ." Rasanya tak perlu dia cerita dengan lengkap apa dia buat 13 tahun di luar Negara. Dia bukan Malaikat. Tetapi cinta dan sayangnya hanya kepada Iman.

"Kamu suka dia? Kamu cinta dia?" Sekali lagi Tan Sri Adnan memotong.

Zuhal mengangguk.

"Iman tahu"?

Mengangguk lagi. Dia dah bagi tanda . . . Dari baju yang santai kepada gelang yang tertulis jelas. Cuma mulutnya sahaja yang berat. Dia lelaki. Takkan dia nak cakap berpuisi bagai. Nanti dikata membawang pula. 

Tan Sri Adnan melepaskan keluhan. Dia bangun menuju ke pintu. Sampai di pintu dia menoleh seraya berkata, "Zuhal, jangan lupa hutang mereka yang buat Mak Su kamu derita, dan keluarga kita malu."

Pintu dibuka dan ditutup dengan senyap.

"Arghh!"

Terasa pedih! Tetapi kepedihan kini bukan dalam kepalanya. Ia tertumpu di hatinya. Dia hempas tubuhnya ke atas tilam. Alat kawalan jauh dicapai dan semua lampu dipadam. Dia baring menelentang diselubungi kegelapan malam.

Pantas bagai digamit, kenangannya melayang di saat dia berkemas mahu meninggalkan TERATAK MARIAH 13 tahun yang lalu.

*****

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now