BAB 27: MARRY ME PLEASE

220 33 5
                                    

*Cerita ini ramai pembaca, tetapi tak ramai vote, berbanding dengan dengan RINDU KAMILAH. Kenapa ya? Adakah ia terlalu masculine? Tak cukup romantik? By the way, ini cerita Mystery/Action/Thriller acah-acah Sci-fi yang belum sampai zaman piring terbang.*

*****

LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN

WAKTU: PETANG

Benar kata Asyraf. Azem tidak terasa sakit dan dapat melihat sendiri prosedur yang dijalankan semasa mengeluarkan peluru dari bahunya. Tidak ada x-ray. Kedua beradik itu hanya meraba-raba dan memicit-micit lembut bahunya dan berbincang sama sendiri. Nak kata dia sedang bermimpi pun tidak kerana dia dapat berbual dengan mereka.

"Nasib kamu baik, peluru itu tidak kena tulang. Mungkin malaikat yang menahannya," kata Asyraf. "Tetapi peluru masih ada di situ, tidak tembus ke belakang."

Azem senyum. Malaikat masih ingat kepada aku yang sering lupa kepada Allah?

"Nampaknya liat juga kulit kau ni Azem," gurau Asyraf.

"Aku pakai jaket kalis peluru," jawab Azem.

Walaupun pemakaian jaket itu boleh menghadang penembusan peluru, namun jaket dan pemakainya masih tetap menyerap impak peluru yang dilepaskan penembak. Ia tetap boleh menyebabkan kecederaan kepada pemakai jaket. Asyraf melihat tompok-tompok trauma daya tumpul berwarna kemerah-merahan di dada Azem.

Dua beradik itu membuat kerja dengan tenang. Azem kagum. Bahunya ditoreh pembedahan kecil kerana hendak mengeluarkan peluru. Tetapi hanya sedikit sahaja darahnya yang keluar. Apa Asyraf buat sehingga darahnya berhenti mengalir ke tempat luka itu sungguh menakjubkan Azem.

Itu juga yang Asyraf lakukan ketika merawat Zuhal yang koma dahulu, ketika doktor menghadapi kesukaran mengeluarkan serpihan peluru di tengkuknya.

Dia tidak percaya apabila Danny memberitahu Asyraf dengan kerjasama sifunya, seorang Profesor yang mahu kekal misteri, membuat rawatan jarak jauh sebelum dia tiba di Afrika.

Impossible.

Tetapi hari ini dia menyaksikan kehebatan Asyraf.

"Pak lang, Iman dah sedar, Opah Kamariah tak boleh handle." Tiba-tiba Akbar bersuara dari arah pintu.

Asyraf menoleh, melihat wajah Akbar yang nampak cemas. Dia membuka sarung tangannya dan berjalan keluar.

Cempaka menjahit luka pembedahan kecil di bahu Azem dengan tenang. Dia sudah biasa menjahit luka harimau. Gajah pun pernah. Ini cuma manusia. Sama sahaja.

Siap kerja, dia selimutkan tubuh Azem menutup dadanya yang terdedah. Matanya lurus memandang Azem.

"Jangan banyak bergerak. Nanti bentan."

"Apa Bentan?" soal Azem.

"Bukan Bentan. Tapi bentan," balas Cempaka.

Azem ketawa. Suka dia melihat wajah Cempaka yang tegas. Ia mengingatkannya kepada matron di rumah anak yatim di mana dia dibesarkan.

"Ketawa kuat-kuat pun tak boleh," kata Cempaka lagi.

Terus dia diam. Hanya tersenyum. 

"I like you Cempaka. I like you very much."

"Mengarutlah Mat Salleh ni . . . " gumam Cempaka. Tangan sibuk mengemas peralatannya.

"I can hear you . . ."

Cempaka bangun untuk meninggalkan Azem. Biar dia berehat. Tak kuasa melayan miang Mat Salleh ni. Melayu pun dia tak layan. Ini pula Mat Salleh. Tetapi langkahnya terhenti apabila mendengar suara Azem:

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now