BAB 47: THE EMPRESS KEMBALI

166 17 0
                                    

LOKASI: BEBERAPA TEMPAT DI BANDARAYA .

WAKTU: MALAM

"Kamu pergi mana?" soal Dato' Iqbal sebaik sahaja Suzanna melangkah masuk. 

Terkejut Suzanna. Tak sangka bapanya menunggunya di kondominium yang disewa oleh Peguam Sankaran untuknya.

"Saja jalan-jalan. Ambil angin," jawab Suzanna. Hud jaket yang dipakainya ditolak ke belakang. Rambut pendeknya diserabutkan. Rambutnya dipotong pendek ketika dalam penjara. Dia sangat marah, kerana rambutnya satu-satu asetnya yang original.

"Tadi papa buka portal berita online, Zuhal diserang dengan asid di kompleks membeli-belah."

Suzanna tunjuk muka terkejut. "Oh ye ke? Cedera parah ke?

"Parah tak parah papa tak tahu. Tapi dia masuk hospital."

"Apa kaitan dengan Suzie?"

Dato' Iqbal mengeluh. Sungguh! Dia sangat letih dengan kerenah anak gadisnya. "Papa harap ia bukan kerja Suzie."

Suzanna duduk di sofa dengan kaki dilunjurkan ke hadapan. Dia cuba mengawal emosi amarahnya. Ini bapanya yang banyak menolongnya. "Zuhal tu banyak musuh. Lantak dialah nak jadi apa."

"Papa tak mahu Suzie buat kerja apa-apa lagi yang menyalahi undang-undang. Kamu hanya dilepaskan sebab pihak Peguam Negara perlu bukti lagi. Kamu belum dibebaskan," Dato' Iqbal mengingatkan. Suaranya perlahan sahaja. Dia harap anaknya mendengar kata.

"Papa jangan risau. Tiada siapa boleh buktikan apa-apa. Rakaman yang diorang beri kepada Peguam Negara itu bukan boleh digunakan sebagai bahan bukti," jawab Suzanna penuh yakin.

Dato' Iqbal percaya apa sahaja kata-kata anaknya, walaupun dia tahu anaknya memang bersalah. Kemungkinan anaknya dibebaskan sangat nipis. Peguam Sankaran memberitahunya, mungkin pihak berkuasa sedang memasang perangkap. Suzanna harus berhati-hati dalam setiap tindakannya. Kalau boleh jangan dekati keluarga Tan Sri Adnan. Mereka bukan calang-calang orang.

"Papa cakap saja. Selebihnya terpulang kepada kamu Suzie."

"Tau la Suzie nak buat macam mana." Suzanna jawab dengan gaya acuh tak acuh.

"Jangan diharap orang yang tak sudi," kata Dato' Iqbal seolah-olah merujuk kepada Zuhal yang sudah berkahwin dengan Iman.

"Suzie okey saja papa. There're many fish in the sea."

"Kalau kamu dah kata macam tu, papa rasa lega."

Selepas puas hati anaknya selamat, Dato' Iqbal pulang.

Mulut Suzanna sahaja yang berkata semua okey. Tetapi hatinya memberontak dengan seribu kemarahan. Sebaik sahaja Dato' Iqbal menutup pintu. Suzanna menjerit dengan kuat. Kerusi dan beberapa barang-barang di situ dihempas dengan geram.

Selepas puas merosakkan harta benda pemilik kondo itu, dia duduk. Rambutnya yang tadi diserabutkan ditarik-tarik. Dia geram sungguh. Dia buka telefon bimbitnya untuk mencari berita tentang Zuhal.

First degree burns, bordering second degree, says the doctor . . . Begitulah sebahagian daripada ayat di portal Berita Online itu.

Mengapa Zuhal yang kena asid itu dan melecur? Mengapa bukan Iman? Hatinya membentak-bentak marah.

Dia hanya mahu Iman cacat dan menjadi huduh. Dia tidak peduli perbuatannya melempar asid itu kejam.

Dia melalui waktu-waktu yang memalukan kerana dipinggirkan setiap kali menghadiri jamuan kerana wajah yang penuh jerawat. Apabila jerawat nya sembuh, mukanya seperti katak puru yang huduh. Dia terpaksa menjalani pembedahan yang menyakitkan kerana mahu cantik.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now