BAB 2: BARAN

384 38 5
                                    

LOKASI: TERATAK MARIAH, ELITE HEIGHTS

WAKTU: PAGI

Sejak peristiwa tertembak di negara Afrika yang sedang menghadapi perang saudara yang panjang itu, Zuhal menjadi panas baran. Jangan ada sesiapa yang melintasi garis amarahnya. Zuhal boleh hilang kawalan emosinya. Dia akan jadi seperti Incredible Hulk, cuma tak bertukar saiz dan warna kulit sahaja.

Kata doktor yang merawatnya di Negara dingin Kesatuan Eropah itu, dia mengalami 'anger disorder' yang tidak diketahui apa puncanya. Mungkin satu memori yang cuba diingat semula, kata doktor. Peluru yang tersangkut di belakang tengkuknya telah menghalang saraf yang selama ini menyalurkan ingatan untuk menyimpan memori itu.

Hanya Azem yang dapat menstabilkan emosinya, selain ubat penenang. Ini kerana hanya Azem yang tahu dendam apa yang kini sedang bersarang dalam ingatan Zuhal, yang mahu diingat, tetapi jika diingat ia amat menyakitkan.

Azem mahu Zuhal sendiri mengingati dendamnya.

*****

Kini punca barannya mengamuk ialah gadis bernama Iman Alaya Farooq Khan. Dia sudah besar. Usianya 21 tahun dan sangat cantik. Ya. Sangat cantik bagi pandangan mata Zuhal. Kulitnya cerah, tetapi bukan putih gebu. Muka bujur sirih. Hidungnya tidak berapa mancung. Mata hazelnya diwarisi mungkin daripada ayahnya, dari Asia Tengah. Bentuk tubuhnya, ada semuanya. Mungkin diwarisi daripada ibunya. Tetapi dia tidak dapat melihat Iman membesar kerana berada jauh di seberang Lautan Atlantik.

Ya. Iman bukan adik kandung Zuhal.

Tetapi bukan sebab kecantikannya Zuhal marahkan Iman. Tetapi sebab dia melihat tangan Kenny yang meraba-raba Iman, dan dibiarkannya sahaja. Nama saja Iman, tetapi kelakuan macam orang tiada iman.

"Kau harus kawal panas baran kau tu." nasihat Azem.

Entah sudah ke berapa kali Azem nasihat begitu. Mat Salleh itu sudah hafal ayat Melayu itu.

Kata-kata Azem umpama menambah garam pada lukanya.

"Arghh!"

Zuhal menserabutkan rambutnya. Dia marah kerana perihal dadah dalam gelas minuman Iman telah melencongkan fokus kerja mereka. Sedangkan tujuan asal mereka ialah untuk mengesan siapa pengkhianat yang menjual rahsia syarikat. Adakah kedua kejadian berkaitan?

Menjual rahsia syarikat.

Memasukkan dadah dalam minuman Iman.

Hanya beberapa orang yang tahu Iman game designer untuk SLY. Iman sangat berkebolehan dalam mencipta permainan komputer peribadi, dengan grafik yang menarik. Dia budak genius. Memang satu bonus bagi Kumpulan SLY mempunyai pekerja yang berpotensi seperti Iman. Tidak mungkin Iman mengkhianati syarikat milik keluarga sendiri, walaupun hanya keluarga angkat.

Sudah dua jam dia dan pasukannya meneliti setiap CCTV yang dipasang di TERATAK MARIAH. Tidak ada orang asing yang menyelinap masuk. Tidak nampak sesiapapun memasukkan serbuk pil perangsang ecstasy ke dalam gelas fresh orange Iman. Zuhal tidak percaya Iman melakukannya sendiri.

Zuhal syak ia dilakukan oleh Kenny. Tetapi tiada bukti yang boleh menuduh Kenny. Apa yang ditunjukkan oleh CCTV, hanyalah Kenny mengambil air fresh orange itu daripada talam yang dibawa pelayan. Mereka pekerja syarikat catering yang terkenal, bersih.

"Why do you suspect Kenny?" soal Azem.

Sudah tentu Azem mahu menyoal siasat. Dia bekas pegawai polis Negara Kesatuan Eropah. Soal-siasat suspek kemahiran yang dipelajari daripada jabatan lamanya.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now