LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN BELUM
WAKTU: PETANG SAMPAI MALAM
Petang itu semua ahli keluarga Tan Sri Adnan berkumpul di ruang tamu rumah Asyraf, termasuk Azem, Ruslan dan Akbar. Mereka bukan keluarga. Tetapi disebabkan tugas yang ditanggung, mereka harus hadir sekali.
Tan Sri Adnan mahu mereka mendengar penjelasannya.
"Apa yang papa rahsiakan? Kenapa papa tidak mahu mengaku Danny anak kandung papa secara terbuka?" Soalan Danny memeranjatkan semua yang hadir, kecuali Zuhal.
Bukan pertama kali Danny menyoal Tan Sri Adnan. Dia sudah tanya setelah pulang dari Nganjuk dan bercakap dengan Ibu Ummu Barokah. Malah Embah Marzuki juga terpaksa mengaku, setelah ditekan dan diugut oleh Danny.
Pertembungan antara anak dan ayah itu berlaku sepuluh tahun yang lalu ketika Tan Sri Adnan melawatnya di Amerika Syarikat. Tetapi Tan Sri Adnan berkeras tidak mahu mendedahkannya. Danny merajuk. Sejak itu hubungan Danny dengan Tan Sri Adnan menjadi tegang. Walaupun Danny diterima menjadi ahli SNAP, dia tetap keras kepala dan cepat 'merajuk' bila ditegur. Kerana Adrian tahu siapa sebenarnya Danny, dia dikekalkan dalam kumpulan itu. Lagipun, tiada siapa yang boleh hacked dan hantar virus untuk rosakkan sistem komunikasi musuh secekap Danny. Hanya Zuhal yang dapat tenangkan Danny jika dia pasang mood 'merajuk'.
Saat itu, Tan Sri Adnan tidak lagi mampu menafikan cerita Danny tentang asal-usulnya.
"Papa mengaku tinggalkan mama kandung Danny kerana Mama Mariah mengalami kemurungan teruk akibat keguguran kali ketiga. Papa bawa kamu balik dalam usia dua bulan. Dan kamu menggembirakan Mama. Terus Mama usaha untuk susui kamu. Mama anggap kamu anaknya. Kamu pun Bin Muhammad Adnan. Papa tak sampai hati nak cerita hal sebenarnya. Dia sangat posesif. Malah jururawat nak ambil kamu untuk diperiksa doktor dia tak benarkan. Dia takut kamu dibawa pergi. Lepas kira-kira dua tahun, Mama sembuh sepenuhnya. Papa ingat nak beritahu siapa sebenarnya kamu."
Wajah isteri dipandang. Memohon kemaafan tanpa suara. Puan Sri Mariah mengalih pandangan ke arah lain. Dia kecewa.
"Silap papa kerana menangguhkannya dari satu hari ke satu hari. Papa lihat Mama sangat sayang dengan kamu, Danny. Papa takut jika papa beritahu hal sebenar, dia akan benci kamu. Kemudian kami bawa Zuhal pulang. Jadi sibling rivalry. Danny tidak suka Zuhal dan selalu cari pasal."
Danny pandang Zuhal. Kekesalan melintas di wajahnya.
"Kalau papa beritahu yang benar dan hubungan kami renggang, Mama pula benci kamu Danny, dan pilih Zuhal, apa jadi? Papa tamak kerana mahu semua . . ."
Suasana dalam rumah agam itu sepi. Hanya kedengaran sayup-sayup bunyi lotong yang sahut menyahut . . .
"Lepas peristiwa Danny hampir lemas dalam kolam mandi, kamu berdua menjadi kawan baik. Papa amat bersyukur. Papa fikir, sudah sampai masanya untuk beritahu cerita yang benar. Tak silap kejadian itu lepas Iman dibawa masuk dalam keluarga ini. Tetapi ketika itu papa mula terima ugutan."
Semua terkejut.
Siapa percaya Tan Sri Adnan yang unggul kena ugut?
"Ugutan apa papa?" Cepat sahaja Zuhal menyoal.
"Kau tahu kan, Pak Ngah Yusri meninggal dunia dalam penjara?"
Ada yang tahu. Ada yang tidak tahu.
"Papa mula business ini tiga orang. Papa ada 40%. Mama 15% dan adik papa, Yusri 30%. Zuhal ada 15%, sebagai waris arwah Bakhtiar.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...