BAB 14: DIA TUNANGKU

237 22 1
                                    

LOKASI: WISMA MARIAH, DI SEBUAH BANDARAYA

WAKTU: PETANG

Iman terpisat-pisat di tempat duduk penumpang Ferrari yang dipandu Zuhal. Kereta itu dipandu laju menuju ke pejabat Kumpulan SLY. Iman tidak ada pilihan selain mengikut sahaja untuk turut hadir pada persidangan media Zuhal itu. Entah apa yang akan berlaku dia tidak tahu. 

Papa pula tidak mahu hadir. Katanya ia isu kecil tidak perlu Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk buat PC.

Selain itu PC ini akan menguji kebolehan Zuhal yang tidak pernah mengadakan PC pada sepanjang hayatnya. PC pertama yang dia turut hadir dahulu dikira sebagai PC Presiden/CEO syarikat.

Iman menjeling ke arah Zuhal. Dilihatnya, wajah itu tenang dan sekali sekala tersenyum. Entah apa yang difikirnya, teringin juga Iman nak tahu.

Geram.

"Smile Iman," kata Zuhal, sambil matanya terus fokus kepada pemanduan.

Eh, mana dia tahu aku tengah cemberut?

Ketika Zuhal dan Iman tiba di syarikat, beberapa orang pemberita sudah menunggu di lobi pejabat. Terus mereka menyerbu Zuhal.

Flash!

Flash!

Flash!

Zuhal senyum. Tangan Iman digenggamnya. Kuat juga dia pegang sampai Iman berkerut muka kerana terasa sakit. 

Dia takut aku lari, kot? Iman mengendurkan pegangan tangannya sendiri.

"What did I tell you?" bisik Zuhal sambil tunjuk gigi kepada pemberita.

"Is she your fiancée , Mr Zuhal?" Seorang pemberita bertanya. Nampaknya berita sudah sampai kepada pemberita.

"Kenalkan Encik Zuhal!" pinta seorang lagi pemberita.

Mujur Juriah sudah menunggu. "Sabar! . . . Semua sila masuk."

Pemberita masuk ke dewan mini pejabat SLY dan mengambil tempat. Iman diberi tempat di tepi bersama Ruslan. Juru kamera TV swasta dan berita online siap sedia untuk merakam video.  Pemberita mula meletakkan mikrofon dan alat perakam suara di atas meja. Zuhal duduk di kerusi utama.

"Ladies and gentlemen, the President/Chief Executive Officer of Smile and Live Younger (SLY) Group of Companies and I are very pleased to welcome you to our press conference.

"What I am going to say is going to be very brief.

"We are concerned over the allegations thrown against us that we were the perpetuators who hacked AMRA IT.

"We categorically deny any knowledge of the matter."

"Our company has 20 years of experience and will not stoop low as to sabotage another company, which has not even reach to our level of excellence.

"We call AMRA IT to withdraw these baseless allegations and their police report within the next 6 hours.

"Otherwise, we will see you in court.

"That's all. Ladies and Gentlemen. Any questions?

"Why is your company targeted to have sabotaged AMRA IT?" soal pemberita dari agensi media luar negara.

"How do I know what goes on in their minds?" jawab Zuhal.

"Adakah kerana permainan mereka hampir serupa dengan permainan JEBAT GALAKSIKA?" soal seorang pemberita dari akhbar Bahasa Melayu.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now