BAB 53: DI MANA IMAN?

154 19 11
                                    

LOKASI: KAWASAN PERUMAHAN ELITE HEIGHTS

WAKTU: SIANG

Zuhal terjaga dan mendapati dirinya terbaring di atas sofa.

Cahaya suria terang menerobos menerusi pintu sliding di balkoni yang bersambung dengan ruang tamu itu.

Dia melihat jam di tangannya.

08.00 am.

Dia telah terlepas subuh! Sudah berapa lama dia tertidur?

"Mana Iman? Kenapa tak bangunkan aku?" soalnya kepada dirinya sendiri.

Dia naik ke bilik tidur.

Iman tidak ada di situ. Dia jenguk bilik air. Tidak ada. Di kawasan kolam renang dan kolam ikan mini. Juga tiada. Hanya sekuntum bunya teratai disiram cahaya pagi. Tiada membawa mesej apa-apa. Kelu, bagai angin yang berlalu. 

Dia turun kembali. Bilik bacaan ditujunya.

Tidak ada Iman.

Dia ke dapur.

Dingin sahaja dapur itu. Tiada serinya.

Zuhal kembali duduk di sofa.

Kepala terasa sakit berdenyut-denyut.

Dia fikir dia harus mandi dan bersihkan badannya, kerana dia masih berpakaian kerja. Selalunya kalau dia balik lewat, dia akan mendapati dirinya di waktu pagi, terbaring di atas katil, biasanya tidak memakai baju.

Dia ambil mudah semua itu. Dia tidak perlu ingat bila dia membuka bajunya. Dia tahu Iman yang melakukannya.

Lepas mandi dia solat subuh gajah. Memohon keampunan daripada yang Maha Esa kerana terlajak tidur.

Kepalanya masih terasa sakit. Dia buka peti ais mini di bilik tidurnya. Di situ disimpan ubatnya, yang sudah dimasukkan ke dalam bekas kecil, mengikut sukatan sekali minum.

Iman akan bancuh ubat itu dengan fresh orange. Untuk kurangkan rasa pahitnya.

Tetapi hari ini Iman tidak ada. Ubat diminumnya begitu sahaja. Terasa pahit di tekaknya.

Dia menekan-nekan kepalanya.

Kenapa aku tidak ingat langsung apa yang berlaku semalam?

Iman di mana?

Dia tercari-cari apa yang tidak ada di dalam bilik itu. Lantas matanya terarah ke meja kecil di sisi katil. Telefon bimbit Iman di atas meja itu. Skrinnya hitam, menunjukkan baterinya sudah mati. Dia caj telefon bimbit itu.

Iman di mana? soalnya dalam hati entah kali yang ke berapa.

Dia telefon Puan Sri Mariah. Tetapi tidak dapat disambung. Danny, Ruslan dan Azem juga tidak dapat dihubungi. Semua orang pun tidak dapat dihubunginya.

Tidak ada pilihan. Dia pergi ke TERATAK MARIAH.

Setibanya di TERATAK MARIAH, tanpa salam, terus dia panggil Iman. Tetapi yang muncul Danny.

Buk!

Sebutir penumbuk melayang ke mukanya. Tak sempat dia elak. Dia terdorong ke belakang. Danny mengangkat tangannya untuk melepaskan tumbukan kedua. Berkejar Azem yang nampak Zuhal masuk ke rumah untuk meleraikan pergaduhan dahsyat yang mungkin meletus. Terus dia pegang Danny, sementara dua orang pengawal memegang Zuhal. Kedua mereka meronta untuk dilepaskan. Keduanya berpotensi menjadi raksasa yang ganas.

"Kenapa? Apa salah aku?" soal Zuhal. Wajahnya yang tadi keliru bertukar bengis.

"Apa salah kau kata?" Menyinga Danny menyoal balik pertanyaan Zuhal. Sambil dia berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman Azem.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now