NARATOR: ZUHAL
Enam bulan berlalu.
Enam bulan termasuk 60 hari aku diasingkan di Pulau Syinta, tanpa cinta Iman. Pengasingan aku bertambah kerana aku melanggar pantang, keluar dari pulau itu untuk menjadi operatif bagi membanteras jenayah judi, atau lebih tepat penipuan menerusi judi.
Enam bulan penuh dugaan bagi seorang suami yang terpaksa berpisah dengan isterinya kerana penyakit baran yang ditanggungnya.
Penyakit kesihatan mental ini mulanya dormant dalam jiwa aku yang menyimpan dendam kepada orang yang mengambil beg berisi dokumen papa aku. Apabila aku sedar dari koma, ia menjadi konflik, yang semakin parah bila aku tahu lelaki itu daddy kepada cinta pertama dan terakhir aku - Iman.
Lalu musuh menggunakan kelemahanku ini untuk memporak-perandakan hidup aku. Iman yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Itulah aku. Seorang yang hidup dalam dunia penuh keganasan dan kekejaman.
Aku berjaya menghalang Farooq daripada mengambilnya, kerana Iman sudah menjadi isteriku. Tetapi perkahwinan kami diuji oleh pihak lain yang mahu mengambil dia sebagai hamba untuk menjana kekayaan peribadi dan menguasai negara menerusi cengkaman ekonomi.
Kini aku sudah kembali ke penthouse milik kami yang sunyi. Aku tidak tidur di bilik yang aku kongsi dengan Iman. Bau Iman di serata bilik itu buat aku menangis kerinduan.
Selepas aku keluar dari pengasingan, Azem dan Mak Su Cempaka pergi berbulan madu di Sarajevo. Di sana mereka bertemu saudara mara Azem yang masih hidup, termasuk neneknya. kemudian mereka ke Uzbekistan. Katanya nak melawat kota bersejarah Samarkand dan Bukhara. Sebenarnya dia nak jumpa Iman. Bukan aku tak tau.
Aku dapat buah tangan Tashkent yang dibawa Mak Su Cempaka - satu kotak daripada Iman.
Entah sudah berapa kali aku keluarkan kotak itu. Tapi aku letak semula. Aku tahu isinya akan membuat aku semakin sedih, dan semakin lambat untuk benar-benar sembuh menjadi manusia yang punya perasaan.
Akhirnya aku nekad untuk melihat isi kandungannya. Di dalamnya, ada tiga buah kotak lagi yang saiznya berbeza. Aku ambil yang terkecil. Isinya sekeping kad SD. Aku selitkan ke dalam slot komputer riba aku.
Terkejut aku.
Iman sudah berambut pendek! Hilang rambut panjangnya yang cantik ikal semulajadi.
Dia nampak cute seperti seorang remaja.
Cute tapi kurus.
Lama aku renung imej-imej itu. Macam-macam posing. Ada yang 'for your eyes only'. Aku sentuh imej itu seperti dia berada di hadapanku.
Ah! Aku rindukan kau, Iman!
Kerana tertarik dengan t-shirt yang dipakainya, aku buka kotak yang paling besar. Isinya, sehelai t-shirt yang bertulis 'Husband'. Aku terkesima. Iman menggunakan taktik sama seperti yang aku gunakan untuk memikatnya dahulu. Mungkin dia hendak mengingatkan aku.
Terus aku pakai t-shirt itu dan aku buka kotak yang sederhana besarnya. Isinya sebuah pemacu keras luaran mini. Aku pasang di komputer.
Isinya dimulakan dengan, kalau boleh aku kata, leteran.
Abang dah makan ubat ke belum? Jangan culas ye. Kasihan Mak Su. Susah payah dia jaga abang, kalau abang culas, baik dia pergi jaga Balok dengan Bobby saja.
Aku senyum mendengar suara lunaknya. Adakah patut aku yang handsome ini diumpamakan seperti Balok dengan Bobby?
Video dia masak, basuh baju, baca buku, dan macam-macam rutin kehidupannya di sana. Video dia berjalan dengan Mak Su Cempaka dengan Azem pun ada.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...