LOKASI: RUMAH AGAM DI TEPI HUTAN BELUM
WAKTU: PETANG
Sakit. Hatinya sakit apabila dia dapat tahu Tan Sri Adnan pernah berkahwin lain.
"Sayang ni, cakap saja marah abang pasal arwah Ummu Fatonah. Jangan boikot abang." Tan Sri Adnan merayu. Tak sanggup dia melihat wajah isterinya yang beku sejak asal usul Danny terdedah kelmarin.
Puan Sri Mariah mencebik. "Kalau Maria tak ingat Danny tu Maria yang susukan . . ."
"Habis tu? Ayang nak buat apa pada dia?"
"Bukan dia. Abang tu . . . Dia tak salah apa-apa . . ."
"Sudahlah . . . Ummu Fatonah pun dah meninggal."
"Kalau dia hidup lagi, selama itu Maria kena madu, tapi tak tahu."
Tan Sri Adnan diam. Kalau dia jawab, lagi berpanjangan isterinya membebel.
"Kenapa abang sampai sekarang masih tak bercakap benar?"
Tan Sri Adnan memandang isterinya penuh kehairanan. Apa yang dia tahu?, fikirnya.
"Cakap! Ibu bapa Ummu Fatonah pergi ke Negara Arab bukan kerja jadi buruh kan? Cerita Ummu Fatonah nak dilarikan bapa saudaranya itu tipu kan?"
Tan Sri Adnan mengeluh berat.
"Malam tadi Maria tanya Ambrin. Rakan kongsi abang di Indonesia."
Tan Sri Adnan telan air liur. Hatinya mengutuk Ambrin kerana memecahkan rahsia. Tetapi di tayang wajah seperti tidak bersalah. "Apa dia kata?"
"Abang tak perlu tahu apa dia kata. Maria nak dengar apa abang kata."
Tan Sri Adnan menarik nafas panjang. "Benar. Bapa Ummu Fatonah, Pak Luqman Rijaluddin, pergi ke Negara Arab kerana urusan perniagaan carigali oil and gas. Dia bawa isterinya. Tetapi mereka dibunuh orang yang diupah oleh adik isterinya, Johnson, yang juga rakan kongsinya yang tamak. Kemudian Johnson mahu mengambil Ummu Fatonah untuk memudahkan pengambilan hartanya. Pak Marzuki, hanyalah seorang pekerja syarikat Pak Rijaluddin. Dia tiada pertalian darah dengan Ummu Fatonah. Tetapi setia menjaga Ummu Fatonah.
"Dan Ummu Barokah itu bukan kakak kandung Ummu Fatonah . . ." Puan Sri Mariah memotong cerita suaminya.
Tan Sri Adnan menganggukkan kepala. "Ummu Fatonah anak tunggal. Ummu Barokah anak saudara Pak Rijaluddin, diambil sebagai anak angkat, kerana, setelah kahwin lima tahun masih tak dapat anak. Mengikut kepercayaan diorang, kalau ambil anak angkat, boleh dapat anak. Ini ternyata berhasil. Tapi kedua gadis remaja itu ditinggalkan untuk dijaga Pak Marzuki kerana . . . Entah kenapa . . . Pak Rijaluddin tak mahu membawa mereka sekali ke Negara Arab ketika itu. Kalau mereka dibawa bersama mungkin kita tidak akan ada Danny."
Puan Sri Mariah merasa seram sejuk. Begitu busuknya hati manusia apabila harta menjadi tuhan mereka. Adik-beradik pun berbunuhan.
Tan Sri Adnan menyambung cerita. "Lepas Pak Rijaluddin dan isteri dibunuh, keluarga Ambrin hantar Pak Marzuki bawa mereka lari dari Jakarta ke Nganjuk."
"Kebetulan Ambrin itu rakan abang masa di universiti, kan?"
Tan Sri Adnan kagum isterinya dapat mengumpulkan banyak maklumat hanya dalam satu malam.
"Ya . . . Itulah takdir. Kami sama-sama mengambil jurusan kejuruteraan. Abang ambil mekanikal. Ambrin ambil kejuruteraan kimia, sebab bapanya rakan kongsi kedua Pak Rijaluddin . . . Lepas graduate, kami buka firma perunding kejuruteraan carigali di Indonesia . . . Johnson pula dapat kesan Ummu Fatonah, lalu mereka cuba membunuhnya. Abang selamatkan dia, bawa lari ke Surabaya," jelasnya.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...