BAB 35: PANIK

159 20 3
                                    

LOKASI: SEBUAH BANDARAYA

WAKTU: SIANG

Telefon bimbit diletak kasar di atas meja. Kedua tangan digenggam. "Kenapa semua orang hilang pada satu masa? Kenny hilang. Suzanna hilang."

Kini Edwards dan Roger juga diberitakan hilang.

Wajah sugul Iqbal dipandang. Iqbal amat bimbang tentang Suzanna yang sudah beberapa hari tidak pulang. Tidak dapat dihubungi.

"Aku bimbang juga. Kenny tak balik..." Kata Datuk Raduan.

Persoalan yang sama melintas di dalam otak mereka.

Adakah kehilangan Edwards dengan Roger didalangi orang yang sama?

Tan Sri Adnan?

"Kita lapor polis," kata Iqbal.

"Aku dah kerah budak-budak aku untuk cari diorang."

P.A. Datuk Raduan mencelah melalui intercom. "Datuk, buka TVX."

Datuk Raduan memasang TVX (TV Swasta) di pejabatnya. Polis sedang mengadakan persidangan media secara live.

"Satu penculikan telah berlaku bersempadanan dengan negara jiran. Bagaimanapun dua mangsa culik telah berjaya diselamatkan. Lima orang suspek berjaya ditangkap, termasuk seorang yang masih dirawat di hospital kerana luka parah. Empat suspek telah mati lemas. Kami akan tahan reman suspek selama seminggu. Polis sedang memburu saki-baki dan dalang kumpulan ini," kata Ketua Polis Bahagian Jenayah Berat, Pesuruhjaya Polis, Datuk Sulaiman.

"Berapa ramai semuanya Datuk?" soal seorang pemberita.

"Jumlah semua suspek seramai 9 orang."

"Siapa identiti mereka?" tanya pemberita luar Negara.

"Seorang suspek yang ditahan warga tempatan. Tiga warga asing. Suspek yang mati, warga asing dipercayai anggota The Black Dragon. Tiga yang lain warga tempatan. Yang masih dirawat juga warga asing, dipercayai daripada kumpulan yang sama," jelas Datuk Sulaiman.

"Boleh Datuk jelaskan apa itu The Black Dragon?" Seorang pemberita menyoal.

"Ini satu kumpulan mafia yang berpengkalan di luar negara. Kami sedang menyiasat bagaimana mereka boleh masuk ke negara ini."

"Jadi berapa ramai daripada mereka anggota The Black Dragon?" Soal pemberita luar Negara itu.

"Setakat ini dalam tahanan kami ada 4 orang Ahli The Black Dragon. 6 orang dari kumpulan gangster tempatam. "

"Semua lelaki Datuk?" Seorang pemberita perempuan bertanya.

"Tidak. Ada seorang perempuan berusia 29 tahun. Dia amat dikehendaki polis. Pihak risikan sudah lama mengintip kegiatannya."

Semakin ramai pemberita bertanya.

"Semua mereka ditangkap hasil risikan polis?"

"Ya."

"Adakah ia berkait dengan peristiwa serangan dekat jalan ke Belum baru-baru ini?"

"Kami belum establish hubungan dua peristiwa itu."

Soalan pemberita beralih kepada identiti mangsa.

"Betulkah ini berkait dengan serangan ke atas COO syarikat SLY? Beliau juga dikatakan tidak datang ke syarikat sudah lama."

"Pihak kami tidak dapat memberi maklumat mengenai perkara itu kerana masih dalam siasatan."

"Jadi di mana COO syarikat SLY sekarang? Khabarnya Pengurus Pengeluaran juga hilang? Adakah mereka yang menjadi mangsa culik?"

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now