BAB: 25: KUASA AL-FATIHAH

185 22 3
                                    

LOKASI: SEPANJANG PERJALANAN KE BELUM

WAKTU: SEPANJANG HARI

Iman menaiki kereta bersama Asyraf sebagai pemandu dengan Akbar yang duduk di kerusi hadapan. Zuhal memandu dengan Azem. Ruslan ditinggalkan di TERATAK MARIAH bersama-sama pengawal keselamatan Tan Sri Adnan. Ruslan kena jaga port di basement rumah agam itu.

Kereta mereka bergerak bersama tetapi saling potong memotong. Dua buah helikopter milik SIU kelihatan memantau dari udara.

SIU menganggap kes ini bukan lagi kes peribadi permusuhan antara dua tokoh korporat. Penglibatan Datuk Raduan dengan The Black Dragon tidak boleh dianggap remeh. Ia melibatkan keselamatan negara. Ia harus dimatikan sebelum bermula.

Mereka boleh sahaja pergi dengan helikopter syarikat. Tetapi kerana nak menyelam sambil minum air - selamatkan Iman sambil jadikannya sebagai  umpan untuk menarik keluar The Empress yang yang disyaki pengikut The Black Dragon, mereka mengambil jalan darat. 

Bagaimana Datuk Raduan boleh terlibat dengan The Black Dragon masih menjadi tanda tanya. Mungkin perantaranya, sosok yang memperkenalkan dirinya sebagai The Empress itu. Jika The Empress tidak dapat ditangkap, jenayah ini tidak akan dapat ditamatkan. Ini menjadi tanggungjawab SIU, melalui jaringan antarabangsanya yang sah.

Intipan dijalankan cukup berhati-hati. Jangan sampai sasaran tahu mereka semakin masuk ke dalam jaring pihak berkuasa.

Perjalanan ke Belum lancar di Lebuhraya, sehingga mereka membelok ke jalan bengkang bengkok menuju ke Hulu Perak.

Sebuah kereta hitam bercermin gelap kelihatan mengekori.

Namun, empat lelaki yang memakai alat komunikasi dalam SUV dan Ferrari sudah bersedia. Hubungan mereka di dalam helikopter SIU terus aktif.

"Hanya sebuah kereta hitam yang kelihatan hampir," kata pegawai SIU dari dalam helikopter, "Tidak pasti jika ada lagi di belakang. Semua kenderaan nampak normal."

Peranan SIU sebagai pemantau, hanya akan bertindak jika SNAP tidak dapat menanganinya. Polis juga sudah bersedia.

Iman yang yang sudah diberitahu perjalanan mungkin berbahaya, kelihatan pucat, duduk di kerusi belakang SUV, diminta sembunyi kepala.

Mereka menunggu.

"Kereta yang mengekori kita jangan sampai tahu kita berhenti di mana," kata Asyraf kepada Zuhal melalui alat komunikasi yang terselit di telinganya.

"Maybe they have more than one plan," kata Zuhal.

"If they pursue us, immobilise them at 5 kilometres from home." Arah Asyraf, "Pedulikan protokol SIU."

"Roger," Jawab Zuhal.

Asyraf mula bertindak. Dia menguji kereta hitam di belakang dengan memperlahankan pemanduan keretanya. Lalu Zuhal memotong SUV Asyraf. Tetapi kereta yang mengikut turut bergerak perlahan. Ia enggan memotong.

Pemandu kereta penyangak tidak tahu kenapa Ferrari itu tiba-tiba memotong SUV dan memecut ke hadapan. Mereka terus membontoti SUV yang kini dibawa mengikut had laju jalan, iaitu 80km/jam.

Terkejut si penyangak apabila Ferrari muncul dari arah bertentangan dan membuat u-turn di belakang kereta hitam mereka. Maknanya kereta hitam sudah berada di antara SUV dan Ferrari. Beberapa minit berlalu. Ferrari mengekor kereta hitam rapat di belakang. Satu provokasi. Tak ada cara lain, kecuali cuba membesit laju untuk memotong SUV di hadapan. 

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now