BAB 46: BIDADARIKU

196 18 1
                                    

LOKASI: IBU KOTA SEBUAH NEGERI.

WAKTU: PETANG HINGGA MALAM

"Kenapa isteri abang cantik sangat hari ni? Nak ke mana?"

"Abang merepek apa ni? Iman dah sampai pun. Tanya nak ke mana pulak?"

Zuhal renung wajah isterinya. Sedikit cengkung. Dia cuba tutup cengkung di wajah itu dengan mekap. Tapi Zuhal nampak.

Alahai . . . Kesiannya isteriku. Kau terlalu muda untuk memahami, getus hatinya. Dia sentuh dan usap pipi isterinya yang memerah kerana dipuji.

Tangan isteri diraih.

"Abang cemburu tau, kalau Iman keluar sendiri pakai cantik-cantik." Dia cuba menutup kebimbangan hatinya daripada dilihat Iman.

"Ala . . . Abang ni. Iman pakai baju biasa macam nak pergi pasar."

Kenapa jantung aku bergendang terlalu laju apabila melihat dia? Kenapa aku tidak boleh berfikir lagi apabila bersama dia?

"Abang tukar baju. Hari ni kan Abang discharge," kata Iman sambil menghulurkan pakaian bersih yang dibawanya.

Kata-kata Iman mengejutkan dia. Baru teringat dia sudah dibenarkan pulang dari hospital. Dua malam di hospital sudah cukup rasanya, merindui isteri. Puas dia minta discaj kelmarin tetapi tidak dibenarkan oleh pihak hospital. Zuhal syak ini angkara Tan Sri Adnan. Bapa angkatnya tahu Iman tak akan dapat menjaganya seperti jururawat hospital.

Tapi Iman isterinya yang dicintai sehingga ke hujung nyawa. Bukan jururawat itu.

Iman membantu Zuhal memakai pakaiannya kerana tangannya yang melecur itu agak tegang dan sakit jika digerakkan.

"Abang rugi dua malam," katanya.

"Rugi apa?" soal Iman walaupun dia tahu maksud tersirat Encik Suami.

Zuhal tidak menjawab. Tetapi sebaik sahaja siap berpakaian, dia cium pipi Iman.

"Abang. Sini hospital." Iman mengingatkan.

"Okey. Kalau di rumah?"

"Tak boleh."

"Kenapa?"

"Iman period."

Gotcha!

Zuhal mengeluh.

"Siap?" Tiba-tiba kedengaran suara Ruslan.

Zuhal menoleh. Mamat Chechnya ini sesedap rasa saja masuk tanpa mengetuk pintu. "Iman bawa gorilla ni sekali ke?"

Iman ketawa kecil. "Haah. Papa suruh bawa."

Kedengaran juga suara ketawa besar. Bukan seekor gorilla yang dibawa. Azem pun turut dibawa. Dia bersandar sahaja di pintu. Mirip gaya seorang gangster yang kacak.

"Aku bukan sakit teruk." Zuhal merungut atas tindakan yang dilihatnya keterlaluan.

"Yelah. Mata kau di depan. Siapa nak tengok di belakang?" soal Ruslan. Sambil itu tangannya membuka pintu-pintu kabinet. Takut ada barang-barang yang tertinggal. Ruslan memang paling teliti dalam hal-hal berkaitan dengan meninggalkan jejak. Maklumlah dia kan bekas Mujahidin yang melawan penjahat.

"Aku masih bodyguard kau. Aku belum dapat surat pecat lagi. Tapi orang yang aku jaga lari sana sini . . ." sindir Azem.

"Okey. Aku pecat kau Azem. Tak payah jaga aku lagi," balas Zuhal.

"Sorry. Hal pecat-memecat cuma Tan Sri sahaja yang boleh buat. Hahaha . . . Banyak SOP yang kau lupa sejak kahwin ni."

Kata-kata Azem nampak menyindir. Tetapi ada yang benar. Sepatutnya ketika pergi shopping dia bawa Azem. Tetapi dia sudah kecanduan dengan Iman. Protokol sudah ke laut.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now