BAB 54: TASHKENT

151 17 4
                                    

LOKASI: TASHKENT, UZBEKISTAN

WAKTU: SIANG

Membawa Iman ke Tashkent dengan segera tidak termasuk dalam rancangan awal Tan Sri Adnan dan isterinya. Dia mahu bincang perkara itu dengan Zuhal secara diplomasi. Dia tahu perasaan Zuhal terhadap Farooq Khan. Tetapi dia tangguhkan, kerana Zuhal terlalu sibuk dengan urusan penubuhan cawangan SNAP ASIA. Dia tahu bukan mudah memujuk Zuhal yang telah suku abad membusung dendam. Namun tindakan Zuhal menghalau Iman, menyegerakan rancangannya. 

Ia nampak kejam. Tetapi seperti kata-kata azimat:

Sometimes you need to be cruel in order to be kind.

Kadang-kadang anda perlu bersikap kejam demi menjadi baik.

Sejak Farooq menceraikan Nur Saadah, Tan Sri Adnan sudah berunding dengan lelaki itu untuk membantu menyelesaikan dendam Zuhal terhadapnya.

Mempengaruhi seorang bekas Ketua Mafia yang ego, yang sudah dua dekad melarikan diri daripada undang-undang juga bukannya mudah.

Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus, tepung jangan berserak.

Dia telah berbincang dengan bapa Iris, bekas Congressman Jeremy Wellington. Adik Iris, Akito Dayyan Abdullah Wellington akan memfailkan tuntutan saman sivil ke atas pengasas syarikat Farmasi yang terbabit. Ini perlu kerjasama Farooq.

Akito memeluk Islam bersama Iris. Dialah yang menjaga Zuhal dan Danny semasa belajar di Amerika Syarikat, atau lebih tepat di California.

Farooq pula berkeras mahu dibenarkan bertemu Iman, sebulan sekali, dan membawa Iman berjalan-jalan sebelum meneruskan rundingan. Syarat itu Tan Sri Adnan perlu persetujuan Zuhal.

Tan Sri Adnan mahu jaminan semua rancangannya berjalan dengan sempurna sebelum bercakap dengan Zuhal.

Namun, belum sempat . . . Zuhal tiba-tiba diserang baran yang tidak terkawal dan menghalau Iman.

Tan Sri Adnan bukan seorang yang ada banyak masa untuk berfikir soal hati. Yang penting, dia yakin tindakannya tepat. Baru tadi dia mendapat perkhabaran daripada Cempaka. Zuhal sebenarnya terkena santau angin yang membuatnya hilang pertimbangan.

"Eka cuba pulihkan dia. Tetapi mengambil sedikit masa. Zuhal sangat stress. Pihak sana pula terus menyerang," jelas Cempaka.

Tan Sri Adnan mengucap syukur berkali-kali. Mujur adik bungsunya sanggup menolong. Dia tahu Cempaka mengambil risiko besar. Dia bukan bomoh. Bukan pengamal perubatan tradisional pun. Malah dia seorang veteriner yang terkenal sangat inovatif dalam pendekatannya merawat haiwan yang sakit atau cedera.

Perubatannya menggunakan gabungan rawatan tradisional (menggunakan akar kayu, daun, bunga dan buah-buahan), ubat-ubatan moden, urut, pembedahan dan terapi minda. Yang pernah dia lihat ialah pemindahan tenaga perawat kepada pesakit. Asyraf melakukannya kepada manusia. Cempaka pula merawat haiwan.

Berbeza dengan manusia yang ada syak-wasangka dan isu kejujuran, haiwan hanya mahu cari makan dan menjaga wilayahnya.

"Eka jaga diri ya . . ." pesannya. Tan Sri Adnan bimbang penyerang Zuhal akan beralih sasaran kepada Cempaka.

"Abang long jangan risau. Nanti Eka bawa Zuhal pergi bertapa dalam gua . . ." kata Cempaka.

Tan Sri Adnan tidak pasti sama ada Cempaka serius tentang 'bertapa dalam gua' itu. Tetapi kata-kata adiknya buat dia tersenyum sendiri. Dia tahu 'gua' mana yang sesuai.

"Sudahlah Iman. Jangan nak menangis saja. Abang Zuhal tak sengaja. Bukan dia tahu apa yang dia buat." Kedengaran suara Puan Sri Mariah memujuk Iman dari bilik yang terbuka pintunya.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now