DI SEKITAR PEJABAT SLY
WAKTU: SIANG
"Maksud kamu, website AMRA IT tu pulih macam mana?" soal Tan Sri Adnan. Wajah Akbar direnungnya. Tajam.
"Setakat pulih saja. Sebab syarikat tu terpaksa buat website baharu. Tapi user tetap tak dapat akses AMMAR GALAKSIKA."
"Bagus!" Tan Sri ketawa, AMRA IT akan mati perlahan-lahan."
Fikiran Tan Sri Adnan terus melayang kepada seseorang yang amat dirinduinya. Hasil tindakan kamu lebih pantas dari rancangan papa, Danny.
Akbar pandang wajah Tan Sri Adnan yang seolah-olah mengelamun.
"Tan Sri teringatkan Danny ke?"
Pertanyaan Akbar tidak dijawab. Tan Sri Adnan bangun dari kerusi eksekutifnya dan berjalan ke tingkap bangunan 5 tingkat syarikat itu. Bangunan rendah terletak di pinggir bandaraya itu dinamakan WISMA MARIAH, nama isteri tersayang. Dia melihat ke bawah di mana terletak kenderaan milik pekerjanya. Semuanya kenderaan hebat-hebat. Kereta import dan superbike. Tan Sri Adnan beri imbuhan yang besar kepada pekerjanya yang setia. Dia percaya, kejayaan yang dicapainya kini adalah kerana usaha pekerjanya juga.
Tetapi apalah gunanya bilion ringgit yang dimilikinya tanpa Danny?
Dia mengesat air mata yang tergenang sebelum berpaling ke arah Akbar yang masih memandangnya.
"Macam mana dengan Irdina?"
Eh? Kenapa tanya pasal Irdina?
Akbar hairan Tan Sri Adnan mengambil tahu semua hal ehwal pekerjanya, termasuk siapa teman wanita atau teman lelaki mereka. Tetapi, bagi Tan Sri Adnan, itu penting dalam perniagaannya yang sangat kuat menghadapi persaingan dari dalam dan luar negara di bawah langit yang terbuka.
Sebab itu dia kecewa apabila JEBAT GALAKSIKA, projek pertama Iman dicuri. Dia syak kejadian itu berlaku kerana Iman lalai, suka bermain dan tidak serius. Hubungan Iman dengan Kenny jelas telah menjejaskan produk syarikat. Dia tidak memecat Kenny kerana mahu melihat sejauhmana lelaki itu akan bertindak untuk mensabotaj usaha syarikatnya. Iman sudah dijauhkan.
"Maaf. Saya ambil tahu semua aktiviti staf saya," jelas Tan Sri Adnan.
"Saya faham."
"Bukan semalam kamu keluar foursome?" soal Tan Sri Adnan lagi.
Iman dan Zuhal meminta izin untuk keluar dengan Irdina. Dia dan Puan Sri Adnan nampak Akbar ikut sekali. Sudah tentu Akbar tak perlu keizinannya. Lagipun Ahad hari cuti.
"Ya. Irdina nak pergi Extreme Park," jawab Akbar.
Tan Sri Adnan mengangguk.
"Saya kenal abah Irdina. She is the only daughter of the most incorruptible police chief I ever met."
Kenapa bunyinya macam Tan Sri Adnan sedang memberi amaran kepadanya? Akbar telan air liur.
"Tiga anak lelakinya juga dalam Jabatan Polis. Seorang masih sekolah. Mungkin akan jadi polis juga."
Akbar tahu Irdina anak kedua bungsu. Mujur Irdina tak jadi polis.
"We're just friends," kata Akbar, walaupun dia rasa sudah berguling-guling hatinya jatuh kepada Irdina yang comel dan nakal.
"How long will you be staying in my company?" soal Tan Sri Adnan, menukar topik, sambil duduk di sofa, di hadapan Akbar.
Dia tahu Akbar hanya berada di SLY untuk tugasan sahaja. Jawatannya sebagai Production Manager itu hanya untuk menutup tugasan sebenarnya.
YOU ARE READING
JERUNG-JERUNG
Mystery / ThrillerPEMENANG: BEST THRILLER (SILVER AWARD 2020)⚜️ MEJOR SUSPENSO (DE GODEN LIVRE AWARD 2020)⚜️ THE STAR BEST WRITING (ADBT 2020/ 2021)⚜️BEST CHARACTER THRILLER (THE AMINE AWARD 2020) ⚜️THE BEST THRILLER *2 (DREAMHIGH AWARD 2020)⚜️. BLURB: Ini bukan kis...