BAB 58: DAY OF RECKONING

211 19 8
                                    

LOKASI: SEKITAR LAUT CHINA SELATAN

WAKTU: MALAM

Mereka bukan Tuhan, penentu segala balasan. Tetapi Tuhan memberi mereka peluang untuk menyempurnakan balasan sehari selepas Zuhal menerima serangan baharu daripada gerombolan penyangak.

Tan Sri Adnan amat faham kesan dan akibat perbuatannya. Tetapi kesabarannya sudah sampai ke puncak.

Kini dia sedang terbang dalam helikopter yang membawa ke satu destinasi. Entah kembali entah tidak. Kejayaan misi ini ditentukan oleh kepercayaan ahli terhadap satu sama lain.

Komander Imran bersetuju untuk membantu dengan menghantar orang-orangnya. Dia juga membantu memudahkan perjalanan udara yang merentasi ruang antarabangsa. Tetapi dia tidak boleh secara rasmi terlibat. 

Lalu operasi ini jadi Civilian Arrest

Disebabkan dalam pasukan penguatkuasa Datuk Sulaiman tidak diketahui siapa sleeper agent penyangak maka dia sendiri terpaksa tidak dilibatkan. Bagaimanapun, akhirnya, polis yang akan dapat nama.

Tan Sri Adnan menoleh ke arah lelaki yang asyik merenung ke luar tingkap, melihat pemandangan yang semakin gelap. Lelaki berwajah dingin, yang banyak disusahkannya demi peperangan korporat - natijah daripada belenggu dendam yang membara. 

Kenangannya kembali di saat mereka hendak bertolak menjalankan misi yang entah hidup, entah mati ini. 

 *****

IMBAS KEMBALI

LOKASI: SEBUAH  PULAU DI TENGAH TASIK

WAKTU: MALAM

"Perlukah abang pergi sekali?" soal Puan Sri Mariah ketika melihat suaminya menyarungkan baju kalis pelurunya. 

Dia tahu Tan Sri Adnan, semasa muda seorang penembak tepat dalam acara sukan. Memang itu hobinya sehingga tua. Tetapi bukan untuk operasi membanteras jenayah.

"Ayang. Abang expect ayang bagi kekuatan kepada anak-anak kita."

Puan Sri Mariah mengesat air mata.

Perhatian Tan Sri Adnan terganggu dengan kemunculan Zuhal yang lengkap berpakaian sebagai operatif. 

"Where do you think you're going Zuhal?" soalnya.

Langkah Zuhal yang dihayun ke arah helikopter, terhenti. "I won't let you go alone!

"Azem ada," jawab Tan Sri Adnan. 

"Papa . . . I can't let this damned curse controlling me. I must fight it,"  jawab Zuhal "myself."

Mata Tan Sri Adnan melirik ke arah Cempaka yang membantu Azem memakai baju kalis pelurunya. Selesai kerja mudah itu, dia peluk Azem dengan begitu kejap. Macam tak bagi pergi. Tan Sri Adnan senyum senget. Hari tu hentak kaki tak mahu kahwin, konon

"Cempaka!" Dia memanggil, merosakkan suasana syahdu adiknya yang baru nikah itu.

Cempaka menoleh ke arah Tan Sri Adnan. Kemudian pandangannya beralih ke arah Zuhal. Laju dia mendapatkan Zuhal. Tangan kanannya diletak di bahagian ubun-ubun Zuhal. "It's okay abang long, kalau Zuhal nekad."

"Terima kasih mak su," ujar Zuhal. Tubuh Cempaka dipeluknya seketika.

"Sepatutnya Danny juga pergi papa." Danny mencelah.

"Tidak. Papa yang perlu buat final reckoning dengan dia. Sudah terlalu lama . . ." balas Tan Sri Adnan. "Kamu jaga Mama, Lila dan Opah, di sini."

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now