BAB 7: IMAN, JANGAN PERGI!

259 26 5
                                    

LOKASI: DI TEPI SEBUAH TASIK, RESORT AMAN MARIAH

WAKTU: PETANG

Mereka check in tengah hari. Resort Persendirian itu ditempah oleh Zuhal kesemuanya. Jadi tiada tetamu lain. Hanya mereka berlima yang tinggal di 5 buah bilik berasingan. Lima orang sebab Azem mesti dibawa ke mana pun mereka pergi.

Azem memang kenal Asyraf. Seorang doktor yang juga pakar hypnotic therapy. Ahli Lembaga Pengarah SNAP. Tetapi itulah pertama kali Azem bertemu wanita yang dipanggil Mak Su Cempaka yang telah beratus kali dia dengar namanya. Mak Su Cempaka memakai tudung litup, baju labuh dan seluar longgar warna hitam. Dia langsung tidak mirip 'makcik' seperti yang dibayangkannya selama ini.

Cempaka seperti seorang gadis yang berusia lewat 20an. Orangnya ikut piawaian Melayu, tinggi lampai. Ikut Mat Salleh, sederhana tinggi. Kulitnya eksotik. Terlalu cerah untuk dikata sawo matang,  tetapi tidaklah secerah kulit Iman. Dia sangat sempurna pada pandangan Azem, walaupun kerap kali dilihatnya mengerutkan kening yang melengkung semulajadi.

Cempaka terasa seperti diperhatikan. Dia berpaling. Mata biru Azem bertembung dan terkunci dengan mata bundar cokelat gelap Cempaka.

Sungguh! Azem terkesima melihat Cempaka.

Tetapi dia sedang bertugas. Keinginan hatinya yang miang nak berbual dengan Cempaka terpaksa ditolak tepi. Dia hanya mengangguk. Cempaka mengalih pandangannya ke arah Zuhal dan Asyraf silih berganti.

"Petang ini kita dah boleh naik kayak?" soal Iman kepada Zuhal, sambil melompat-lompat kecil.

"Relax . . . Esok pagi kita pergi berkayak," kata Zuhal sambil memandang Iman dengan bibir mengorak senyuman lebar.

Dia gembira melihat Iman memakai tudung. Lantas terpandang Azem yang tunjuk muka ketat, "You join us, Azem."

Serta-merta wajah Azem jadi manis macam kena tumpah gula satu lori.

"Petang ini acara bebas," kata Zuhal, yang melantik dirinya sebagai ketua rombongan kecil itu.

"Yeay!" Iman bertepuk tangan perlahan tanpa bunyi.

Pandangannya beralih kepada Iman, "Jom kita jalan-jalan tepi tasik."

"Mak su nak duduk di bilik sahaja. Nak buat report," kata Cempaka sambil terus bergerak meninggalkan mereka.

"Pak lang nak pergi gym."

Tolak Azem, tinggal Zuhal dengan Iman. Azem boleh pergi mana-mana dia suka di kawasan resort itu. Lalu dia pergi melepak di lobi. Dia nak main perang JEBAT GALAKSIKA yang baru dia muatturun dari laman SLY. Sebagai sebahagian daripada staf, Azem dapat bermain secara percuma, kerana mereka kemudian dikehendaki memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.

Iman berjalan sambil tangannya memaut lengan Zuhal.

Malam tadi Zuhal beri dia empat beg kertas. Semua beg sudah ditanda.

Beg 1 - Untuk hari 1 (aktiviti bebas) - Baju-T lengan panjang, tertulis nama Iman di hadapan.

Beg 2 - untuk hari 2 (aktiviti berkayak) - Baju-T lengan panjang, tertulis perkataan 'Beauty.'

Beg 3 - untuk hari 3 (aktiviti sukan) - Baju-T lengan panjang, tertulis perkataan 'VE'.

Beg 4 - untuk hari 4 (balik) - beg berisi kotak kosong.

Iman ketawa kecil. Dia melihat perbuatan Zuhal itu amat kelakar. Zuhal buat aktiviti riadah macam satu proses. Beg 4 dan kotak kosong mungkin surprise.

Tak surprise juga, sebab dah bagi kotak kosong, fikir Iman.

Tetapi Iman ikutkan sahaja untuk melihat apa sebenarnya rancangan Zuhal.

JERUNG-JERUNGWhere stories live. Discover now