malay/korean
—
"Hebat-hebat rasa maggie cukup rasa"
Erina Aleya makan nabati cheesenya yang terakhir sambil berduet bersama iklan di tv.
"Haih drama pun tak start lagi kau dah habis" keluh Erina sambil menjilat jarinya.
Erina berumur 18 tahun, mempunyai 4 adik-beradik dan dia merupakan anak kedua. Dia mempunyai seorang abang dan dua orang adik lelaki kembar. Apabila intro drama di tv bermula,
"Erin c-cepat kemas baju! Malam ni Erin punya flight!" kata Puan Jasmin yang sedang menuruni anak tangga ke arah anaknya.
Dahi Erina berkerut seribu eh tak tu tua sangat.
"Kita nak pergi mana pulak ibu? Erin baru nak layan 7 hari mencintaiku" tanya Erina sambil pout.
"Awak kemas je barang awak dulu, n-nanti ibu bagitahu" jawab Puan Jasmin dengan gagap seperti menahan sebak.
"Berapa lama?" tanya Erina lagi. Dia ada 2 perasaan sekarang ni. First, sedih sebab ibunya dah mengganggu masa dramanya. Second, teruja sebab maybe mereka sekeluarga akan bercuti?!
"Not sure but I think it will be good if it longer" jawapan Puan Jasmin membuatkan Erina terkedu.
Setelah selesai mengemas beg, solat isyak dan bersiap, Erina duduk di tepi katilnya. Bilik tidurnya dipandang sayu. Dia berasa bilik ini seperti sudah kosong. Sampai sekarang dia masih tidak tahu tujuan ibunya suruh diri dia pergi. Ke mana dia nak pergi pun ibunya tidak beritahu. Erina menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus dengan perlahan. Dia yakin ibunya pasti ada masalah yang dia tidak tahu.
"Demi ibu Erin sanggup" dia bangun dan terus turun ke bawah bersama beg roda.
"Ni ibu ada sediakan duit sikit untuk Erin kat sana nanti" Puan Jasmin menghulurkan sebuku wang kertas yang dibalutkan kertas putih.
"Ni tiket dan passport" Erina mengambilnya tanpa perasaan.
"Ibu dah tempah grab untuk Erin pergi airport" kata Puan Jasmin lagi dengan titisan air mata.
Erina terus memeluk ibunya. Sesungguhnya dia tidak kuat apabila melihat ibunya menangis. Walaupun dia tidak tahu sebab yang sebenar, walaupun dia tahu ini pertama kali dia ke luar negara berseorangan, Erina tahu ibunya sayang akan anak perempuannya yang seorang ini.
"Erin sayang ibu" kata Erina di dalam pelukan ibunya.
"Sampai mati ibu sayang Erin" balas Puan Jasmin sambil mengusap belakang badan anak daranya.
🛬🛬
"Tuan-tuan dan puan-puan, kami baru saja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Airbus A350 menyambut anda ke Korea Selatan.
Bagi pihak kru penerbangan anda yang diketuai oleh Kapten Fazail bersama Pegawai Pertama Brian dan anggota pasukan
yang lain
Kami mengucapkan terima kasih kerana memilih Air Asia, sebagai syarikat penerbangan pilihan anda"Erina meregangkan tubuh badannya yang lenguh akibat duduk terlalu lama. iPhone 6s miliknya dibuka dan membelek mukanya di camera. Matanya agak sembab dek kerana menangis sebelum tertidur sekejap tadi. Erina meluruskan rambut hitamnya yang separas dada menggunakan tangannya lalu menyarungkan hoodie menutupi kepala.
Erina bersama beg roda dan tote bag nya keluar dari Incheon International Airport. Mata Erina melilau mencari teksi yang mempunyai pemandu yang agak berumur. Tau-tau je lah kenapa. Akhirnya, dia menuju ke sebuah teksi yang tidaklah terlalu jauh dari pintu gerbang.
"Annyeonghaseyo" kata Erina dengan sopan.
"Annyeonghaseyo, silakan masuk" kata pakcik itu sekali dengan senyuman sambil membukakan pintu untuk Erina. Erina duduk di seat belakang sementara pakcik itu meletakkan bag ke dalam bonet kereta.
Setelah selesai, pakcik itu pun duduk di tempat pemandu. "Lokasi?" tanya pemandu teksi itu.
TAKDIR
YOU ARE READING
Takdir | KTH
Fanfiction"Kalau awak kata takdir kita memang dah ditetapkan sebelum kita lahir lagi, macam mana pulak dengan orang-orang yang bunuh diri tu?" - Taehyung "Takdir dan qada' qadar sama maksud. Qada' dan qadar terbahagi kepada dua. First, qada' dan qadar yang m...