Raiyred ialah sebuah dunia magic yang berada di sebuah dimensi lain dari dunia manusia. Dunia ini dipenuhi dengan pelbagai puak dan kuasa magic.
Antaranya, puak Gurlnimals,
puak DarkVamp, puak Elfyries , puak Gogeston dan puak manusia yang dikenali sebagai Magiwey.Pada masa dahulu, kesemua puak ini tinggal bersama dan saling membantu antara satu sama lain.
Tetapi apabila kemunculan Raja iblis, kesemua puak ini berpecah kerana sebuah masaalah yang ditimbulkan oleh Raja iblis tersebut.
Separuh dari puak Gurlnimals, DarkVamp, Elfyries dan Gogeston mula menjadi bahawahan Raja iblis itu. Manakala , bagi segelintir orang yang tidak menjadi bawahan, mula menghilang dan membina perkampungan sendiri di sebuah kawasan yang tidak diketahui oleh sesiapa. Puak manusia yang mengetahui kejahatan Raja iblis itu mula membina pertahanan dan terciptalah tiga buah negara.
Negara utama, Naugrey. Negara kedua Rouzewld dan negara ketiga ialah negara Tariffle. Negara negara ini ditubuhkan untuk menjaga keselamatan rakyat dan untuk bersiap sedia daripada perperangan. Untuk melatih semua dari terkena sebarang serangan, TRN School telah ditubuhkan. Selain untuk melatih, sekolah ini juga akan menyuruh murid murid yang mahir untuk menjalani pelbagai misi. Sekolah ini terletak di negara Naugrey.
🥕🥕🥕🥕
Di perkampungan Waylor yang terletak di negara Tariffle. Tepat pukul 10 pagi, lahir seorang bayi lelaki yang berambut biru gelap. Bayi lelaki itu dilahirkan di dalam lingkungan keluarga yang miskin.
" Uwerkkk, Uweerrrrkkk, Uweerrrrkkk!!!!"
Tangisan bayi lelaki yang baru keluar dari perut si ibu mula kedengaran.
Seluruh dunia, puak dan makhluk yang berada di dunia Raiyred mula berasa gembira. Tidak kira pengikut iblis atau puak apa sekali pun, perasaan gembira yang tak terkata mula menjalar di dalam hati.
Tetapi perasaan itu tidak dirasai oleh si Raja iblis. Lelaki yang ditunggu selama beribu ribu tahun telah dilahirkan. Senyuman sinis terlakar di bibirnya ." Tyo, sini kejap!!" Raja iblis memanggil salah seorang pengikutnya.
Lelaki yang bernama Tyo itu berjalan menghadap Raja iblis. Dia duduk melutut di lantai dan matanya memandang ke arah Raja.
Bibirnya mengukir kan sebuah senyuman.
Entah kenapa perasaan asing telah membuatkannya berasa gembira yang tidak terkata." Kau ada rase perasaan yang pelik tak?" soal Raja iblis itu.
Dengar atau tidak dengar, lelaki yang bernama Tyo itu hanya mendiamkan diri bersama senyuman.
Raja iblis mula berasa geram.
" Memang hari yang ditunggu tunggu, perangai semua orang akan jadi macam ni ehh!!!??"
bisik Raja iblis tersebut sambil memandang ke arah penjaga panjaga yang juga sedang tersenyum.Dia dengan perasaan geram itu, mula mengambil sebuah cambuk yang berada berdekatannya. Kemudian, cambuk itu dilibaskan ke atas badan Tyo beberapa kali. Baju lengan pendek milik Tyo mula meninggalkan kesan koyakkan bersama darah. Selalunya apabila di cambuk, kesakitan yang akan dirasai oleh Tyo tidak terkata. Tetapi kesakitan itu tidak dirasai kerana perasaan gembiranya lebih besar dari kesakitan yang dialaminya.
" Arghhh!!!! Cepat lah hari ni berlalu!!!!"
Jerit Raja iblis kegeraman.Bayi lelaki yang baru lahir itu diangkat oleh seorang perempuan yang agak berusia.
" Ratna, Ratna. Anak awak lelaki!!"
ujar perempuan yang digelar Cik Ami riang.Dia memandang ke arah Ratna yang sedang terbaring diatas katil. Kelihatan mata Ratna terkelip kelip sambil mengukirkan senyum.
YOU ARE READING
[BʘʘK1] Power Of The Little Boy
Adventure[ My First Book 1] [ Yang benar dan tiada curi curi idea. Semua idea datang dari author yang bernama Qynnn.. 🙄 ] Puak manusia dan semua puak puak yang lain dahulu nya hidup aman dan bahagia. Tetapi, apabila kedatangan seorang musuh jahat telah meme...