Hania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempitan Hania. Agenda yang dia ada akhirnya menyatukan mereka. sehingga takdir indah tercipta buat mereka. "kau ada 2 pilihan, kahwin dengan aku atau mati dengan keluarga kau"~Tzusuki "jadi aku pilih, pilihan ketiga... aku bunuh kau dulu"~Hania " Aku akan bunuh kehidupan keluarga kau satu persatu"~Tzusuki " you have predicted my decision. so why you ask me again? KITA KAHWIN!" ~Hania Namun, kehidupan selepas itu bukan semudah yang disangka, Hania yang keras kepala dengan rancangan jahat yang menyesakkan kepala orang lain bertemu dengan Tzusuki yang dingin penuh ego. Ibarat buku bertemu ruas. kebencian dalam diri Hania tak pernah padam, namun ketahuilah benci itu merupakan Anugerah Dendam Terindah! "Aku benci kau sebab aku terlalu cintakan kau! aku rela mati demi kau! sebab tu aku benci diri kau"~Hania "atau lebih tepat kau bencikan diri kau sebab tak dapat kawal diri dari cintai aku? "Tzusuki kisah mereka rumit, tapi itulah yang membentuk mereka menjadi pasangan yang paling kuat dalam hierarki. Benci,benci,benci..akhirnya Hania sudah tetapkan pilihannya. dan biarlah dia sendiri yang menamatkan titik noktah dalam hubungan mereka. Jika ini akan berakhir, aku sudah pernah bahagia kerana mu. dan jika ini permulaan, aku akan beri kain putih yang engkau akan corakkan untuk kita!