Bab 27 - Memori Yang Hilang

2.9K 242 7
                                    

KEESOKAN harinya, badan aku terasa semakin bertenaga. Semalam aku hanya menerima kunjungan daripada kaum keluarga. Kata Mak, Nayla akan pulang minggu depan sempena cuti semester.

"Awak okay?" Daniel tersenyum.

Aku mengangguk. Dia meraih lembut tangan aku. Terasa seperti bertahun tahun aku tak jumpa dengan dia. Terasa seperti baru semalam aku melihat dia berpakaian sekolah menengah.

"Awak, saya gembira sangat awak dah sedar. Masa saya tengok awak terbaring kaku, saya rasa macam dunia saya gelap gelita. Masatu baru saya sedar yang saya tak boleh hidup tanpa awak" Daniel mencium lembut tangan aku.

Entah kenapa wajah Daniel kelihatan sangat berbeza. Dia kelihatan lebih matang. Kalau tak silap, sehari sebelum majlis persandingan Ain di Melaka, wajahnya agak cengkung. Tetapi kali ini wajahnya kelihatan sedikit berisi. Rambut dia pun kelihatan semakin panjang. Takkan hanya dua minggu dah mula panjang? Aku sempat melihat keadaan bilik aku. Penuh dengan pelbagai jenis bunga. Hairan jugak siapa lah yang baik sangat sampai sanggup bagi semua bunga bunga ni. Setahu aku, bukan ramai sangat pun kawan aku dekat pejabat tu. Kalau saudara mara datang jenguk pun, mesti mereka akan bawa buah buahan.

"Bunga bunga tu semuanya dari kawan pejabat awak dan klien awak" jelas Daniel seakan akan tahu apa yang sedang aku fikirkan.

"Klien?" Dahi aku berkerut. Pelik. Kenapa klien syarikat aku baik sangat sampai nak bagi bunga bagai semua ni? Aku bukan rapat sangat dengan mereka pon. Aku cuma buat indoor sales saja. Lainlah kalau aku kerap keluar dengan mereka.

"Ye. Klien awak. Tak putus putus diaorang datang jenguk awak. Klien awak dari JB pun ada datang" jelas Daniel lagi. Air mukanya sedikit berubah keruh.

Tapi penjelasan itu membuatkan kepala aku semakin keliru. Memang syarikat aku ada buat projek baru di Johor. Tapi aku tak terlibat sangat pun. Cuma tolong senior aku uruskan beberapa perkara saja seperti uruskan mesyuarat dan sediakan dokumen.

"Klien saya dekat JB?" Dahi Aku berkerut.

Daniel mengangguk. "Dua kali dia datang. Siap bawak air zam zam"

"Saya tak ada klien dekat Johor. Dekat KL ni pun tak ramai yang saya kenal klien syarikat" Aku merenung wajah Daniel.

"Datin Sheila. Klien awak dekat JB. Awak takkan tak ingat?" Tiba tiba wajah Daniel berkerut kerut.

"Datin Sheila?" Soal Aku.

Daniel mengangguk.

Alahai, siapa pulak ni? Sejak bila aku ada klien Datin Datin ni?

"Takkan awak tak ingat? Awak kan yang handle projek dekat JB tu?" Tambah Daniel lagi.

"Awak jangan bergurau boleh tak!" Aku tertawa kecil merenung wajah Daniel.

Daniel hanya memandang aku dengan pandangan yang serius. Aku mula menyembunyikan tawa. "Handle projek?" Kedua dua belah kening aku terangkat. Lawak apakah yang Daniel tengah buat ni? Tak pernah pernah aku uruskan mana mana projek. Handle meeting pun sekali sekala je. Itupun kalau Boss aku sibuk. Projek interior design? Aku mana ada pengalaman dengan hal hal dalaman ni. Yang aku tahu, buat senarai harga.. sediakan kertas projek untuk mana mana projek yang Boss aku masuk. Bila pulak lah aku ada buat kerja kerja hiasan dalaman ni?

Memanglah sebelum ni aku berhajat nak belajar mengenai hiasan dalaman, sebab aku tertarik dengan projek hiasan dalaman yang syarikat aku selalu dapat. Tapi baru berhajat, belum ambil lagipun.

"Awak bergurau je kan?" Tanya Aku setelah melihat Daniel berdiam diri sejak tadi.

"Laa buat apa saya nak bergurau?" Wajah Daniel masih kelihatan serius.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now