Assalammualaikum dan selamat sejahtera pada yang membaca..
Saya, ShafiqHafizi4 nak mengucapkan terima kasih pada anda semua yang dah membaca sehingga ke tahap ini. Okay nak tepuk tangan sekejap! HAHAHA. Shaf cuma nak cakap terima kasih je pada korang semua. Terima kasih sebab support Shaf dari zaman Tak Tertahan Rindu Ini, lepastu atas permintaan ramai, wujudnya Tak Tertahan Rindu 2. Lepastu munculnya book 3 tajuk Mamat Dingin, I Love You ini. Mula mula nak letak tajuk 'Angkaramu' disebabkan Shaf terinspirasi dengan jalan cerita dari Music Video Angkara by Siti Nordiana tu. but I think tak sesuai sangat tajuk ni cause its too short for me. So memandangkan story ni pun berkaitan dengan mamat badboy and dingin yang tiada perasaan, so shaf buatlah tajuk panjang panjang buat sekali lagi berjudul Mamat Dingin, I Love You.
Shaf jugak nak cakap Terima Kasih pada korang yang sudi tekan butang vote dekat bawah tu. Terima kasih untuk secebis komen yang dihulurkan. Percayalah, setiap kali korang mencarut, korang maki watak dalam story ni, percayalah.. Shaf tergelak tau. Sebab itu menandakan yang Shaf berjaya buat reader semua meroyan terutamanya dekat PROLOG tu. Banyak betul ye korang maki Naura Insyeerah tu HAHAHAHAHA. Actually, jalan cerita MDILY ni, Tengah tengah bab part bab 35/36 macamtu, Shaf plan nak munculkan balik watak Naura Insyeerah tu. Memandangkan OST untuk story ni pun ada lirik dia "Mengapa kau kembali merayuku". Tapi asyik tersalah masuk plot. So Shaf fikir jalan cerita lain sampai lah berjaya tulis perkataan "TAMAT". Terima kasih banyak banyak.
Mana komen komen yang negatif tu, sememangnya akan didelete. Biarlah story shaf ni penuh dengan benda benda yang positif saja. Barulah orang sekeliling akan turut positif jugak kan? Spread Love and not hate ❤️
Terima kasih jugak untuk 12K+ readers. Sesungguhnya semasa diawal story ini, Shaf tak expect yang views akan pergi setinggi ini. Shaf fikir macam mungkin 2/3K je kot memandang jalan cerita MDILY ni takdelah stress sangat. Just plain saja ceritanya. Takdelah macam TTRI dulu. Baru bahagia sekejap dah ada masalah baru lepastu bahagia lepastu watak antagonis pulak muncul. So yeah, shaf dah ada story yang plain je jalan ceritanya. Alhamdulillah.
Shaf jugak nak cakap terima kasih pada IMHAZEL_AL untuk this beautiful cover. Alhamdulillah shaf suka sangat sangat coverbook ni !!
Terima kasih jugak untuk yang share story Shaf dekat status WhatsApp. Ada jugak kawan Shaf bagitahu yang story Shaf masuk dekat TikTok. Terima kasih banyak banyak! ❤️
Percayalah, tanpa korang.. Shaf takkan boleh berdiri sampai ke tahap ini. Terima kasih banyak banyak 🙏🏻❤️
Ada rezeki, kita jumpa lagi di platform yang sama iaitu Wattpad ni okay! Bye bye everyone! ✨
Secara rasminya, MAMAT DINGIN, I LOVE YOU is signing off! Thank You everyone! ❤️
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...