KALAU orang yang tak tahu cerita sebenar, mesti akan anggap dia adalah lelaki yang jahat. Tapi dia sanggup je terima tuduhan itu asalkan dia dapat memenuhi keinginan Rania. Iaitu membantu kekasih hatinya itu kembali mengingati kisah cinta mereka. Itu janji dia pada Rania dan dia perlu lakukan!
Encik Rish keluar daripada kereta. Pak Anas membantu dia menghampiri pintu pagar rumah Rania. Hujung minggu itu dia nak bawa Rania meninjau kawasan sekolah.
Salam diberi bersambut. Tapi bukan suara Rania yang kedengaran menyahut, tetapi suara wanita tua. Mungkin Mak Leha.
"Makcik, saya Rish. Kawan Rania. Boleh saya jumpa dia?" Encik Rish memperkenalkan diri apabila terdengar derapan tapak kaki berhenti di hadapannya.
Setelah beberapa minit menanti, akhirnya barulah terdengar Mak Rania berdehem perlahan. "Kamu kawan sekolah dia kan?" Soal Mak Rania dengan nada suara yang mendatar saja.
"Ya"
"Yang datang jumpa dia masa dia koma tu kan?"
"Mungkin"
"Sorang je kawan dia yang datang dengan berkerusi roda. Yang menangis bersungguh sungguh"
Encik Rish menelan air liur. Malu dan takut bercampur baur. Entah apa yang ada dalam fikiran Mak Rania pun dia tak tahu. Mungkin sekejap lagi dia akan dihalau pergi atau mungkin sekejap lagi Mak Rania akan bagi amaran supaya jangan ganggu anak dia yang sudahpun bertunang.
"Masuklah"
"Hah?" Kedua belah kening Encik Rish terangkat. Mujur dia pakai cermin mata hitam. Kalau tidak tentu Mak Rania boleh perasan yang muka dia tersangatlah terkejut dengan pelawaan itu. Adakah ini menandakan ada petanda baik?
Terasa ada tangan yang menarik lengan dia. Encik Rish membuka kasutnya lalu mengikut saja kemana yang dibawa.
"Duduklah"
"Terima kasih, Makcik" Encik Rish duduk di sofa.
"Rania tidur. Hujung minggu dia memang suka tidur"
Encik Rish tergelak kecil. "Saya faham. Saya ni yang salah sebab datang pagi pagi dekat rumah orang"
"Takde pagi pun lah. Dah pukul 10 lebih pun. Memang malang sungguh suami dia sebab dapat isteri yang kuat tidur" bebel Mak Rania.
Namun bagi Encik Rish bebelan itu terasa seperti ada kemesraan. Dia hanya tersenyum. Makcik, saya sanggup jadi lelaki malang tu makcik. Dalam hati je dia berani nak cakap macamtu. Kalau depan depan mahunya kena halau sebab kacau tunang orang.
"Rania langsung tak ingat pasal kamu, kan?" Setelah lama berdiam diri, akhirnya Mak Rania bersuara.
Encik Rish menganggukkan kepalanya. "Ya"
"Tapi seminggu dua ni Makcik pelik betul dengan perangai Rania" Mak Rania terdiam untuk seketika. Encik Rish hanya diam dan terus menanti. "Dia gembira lain macam. Rasanya dah lama Makcik tak nampk dia gembira macamtu" Terdengar Mak Rania menghela nafas perlahan.
Encik Rish terus mendiamkan diri. Menanti Wanita itu terus bersuara. Apa yang buatkan Rania gembira ye?
"Sejak dia diberi peluang handle satu projek baru, gembira dia lain macam" Sambung Mak Rania lagi.
"Mungkin itu yang dia tunggu selama ni. Kalau projek dia berjaya, mungkin dia boleh dinaikkan pangkat, gaji pun meningkat"
"Ya mungkin. Tapi dia jugak selalu jalan tutup mata dalam rumah ni. Itu yang Makcik pelik. Bila tanya, katanya nak merasai apa yang orang buta rasa"
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...