PAGI ini aku bersarapan di kantin. Semalam Mak tak sihat. Jadi dia tak sempat nak sediakan makanan pagi. Kesian dekat Mak. Mesti Mak terlalu terkejut apabila mendengar tentang berita kecurian tu. Semalam aku ada lah telefon Iskandar, bertanyakan perkembangan siasatan mereka. Namun mereka bertiga masih tidak dapat sebarang maklumat tentang kejadian itu. Cuma aku seorang saja yang tak tahu nak buat apa. Sebab aku pon tak tahu siapa yang dengki dengan aku. Mungkin betul apa yang Iskandar cakap. Orang tu nak letak dalam beg dia tapi tersalah letak dalam beg aku. Tapi macam mana kalau memang betul niat dia nak kenakan aku? Tapi, siapa yang benci dekat aku ye?
"Mana bodyguard kau?" Shahira menyapa sambil tersenyum sinis.
Adakah orang itu Shahira? Mungkin dia yang letak duit dalam beg aku. Dekat sekolah ni yang benci aku adalah Shahira dan geng dia saja! Eh kejap. Ada seorang lagi yang mungkin benci aku dan orang itu adalah Shafiq Aidan!
Haish, kenapa aku tak terfikirkan mereka berdua sebelum ni? Kalau macamni aku kena siasat pasal mereka berdua. Kalau tak Shahira, mesti Shafiq Aidan! Memang dah takde orang lain yang benci aku selain diaorang berdua dah!
"Kenapa pandang aku macamtu? Marah ke?" Shahira tersenyum mengejek.
"Eh takdelah. Gembira je" Aku tersengih. Gembira sebab akhirnya aku dah ada kerja yang boleh dibuat. "Terima kasih sebab tegur aku" sambung Aku lagi kemudian bangun dari duduk.
Aku dapat menangkap riak wajah Shahira yang terpinga pinga memandang aku. Tanpa membuang masa, aku berlari ke perpustakaan ingin mendapatkan Iskandar.
❤️
"KENAPA Shahira benci kau? Bukan ke sebelum ni korang rapat?" Tanya Iskandar.
"Panjang ceritanya. Tapi selepas dipendekkan, aku yakin dia antara orang yang boleh disyaki" ujar Aku bersungguh sungguh.
"Aku tak fikir Shafiq Aidan dan Shahira lah. Kerja pecah koperasi ni bukan suatu kerja yang mudah tau. Orang yang berhati kering je yang boleh buat kerja ni dan aku yakin orang itu memang bermusuh dengan aku" ujar Iskandar.
"Hati dia dekat dalam. Mana kau tahu kering ke basah?" Aku menarik wajah masam. Ingatkan dia seronok bila aku dapat cari teori baru.
Terdengar Iskandar menghela nafas perlahan kemudian memandang sebal. "Aku yakin bukan diaorang"
"Tapi, takkan kau taknak siasat suspek baru ni?" Nada Aku sedikit kecewa.
"Buang masa. Kalau kau nak, kau je yang siasat. Aku tengah tanya beberapa orang budak junior. Sekarang ni aku tengah tunggu maklumat daripada diaorang" jelas Iskandar.
Aku menghela nafas perlahan. "Sampai bila nak tunggu ni? Aku dah penat dengan pandangan orang dekat aku. Asyik jeling sini jeling sana je" Aku mengeluh perlahan.
Aku melangkah malas ke kelas. Dalam kepala sedang sarat dengan pelbagai kemungkinan. Kadang kadang aku rasa memang orang nak aniaya aku. Tapi takkan Shahira dan Shafiq Aidan benci aku sampai sanggup buat macamtu?
"Weh, kau nak pergi mana tu?" Tegur Laila ketika aku melepasi pintu masuk kelas.
Aku berhenti melangkah. Terpinga memandang Laila yang sedang tersengih kepada Aku.
"Kau fikirkan apa ni?" Tanya Laila apabila aku menghampiri dia di muka pintu.
"Macam macam weh" Aku mengeluh perlahan.
"Antaranya?"
"Pasal kes pecah koperasi tulah"
"Apa perkembangan kes tu?" Wajah Laila kelihatan berminat.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...