ALHAMDULILLAH. Seminggu kemudian, Aku dan Iskandar diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz. Majlis Perkahwinan kami dibuat dalam Majlis yang cukup sederhana. Tanpa pelamin, tanpa sambutan yang meriah. Hanya akad nikah dan jamuan makan saja. Pakaian, hanya pakai pakaian pengantin yang biasa biasa yang mana tempat aku sewa di kedai pengantin tempoh hari.
Ramai rakan rakan sekolah dahulu hadir pada hari pernikahan Aku. Rata rata mereka sangat terkejut apabila mendengar berita tentang Iskandar. Namun tidak bagi teman teman rapat Iskandar seperti Amirul, Aidil dan Laila. Mereka memang tahu Iskandar masih hidup. Mereka juga gembira apabila mendapat tahu bahawa aku mula ingat tentang kisah Aku, Iskandar dan Kelas Sastera.
"Tahniah!" Dina menghulurkan tangan dengan senyuman manis. Kali ini wajahnya tersangatlah berbeza. Sudah hilang wajah sinisnya.
"Terima kasih!" Ucap Aku dengan nada yang sangat gembira yang tak dapat diungkap dengan kata kata sambil tanganku menyambut huluran tangan itu.
"Terima kasih Dina sudi datang" sampuk Iskandar lalu tersenyum.
"Walaupun I kecewa, tapi demi kebahagiaan You, I rela mengalah" ujar Dina bersahaja.
Aku terus terkedu. "Aku.. aku mintak maaf Dina. Aku.."
Belum pun sempat Aku menghabiskan ayat aku, Dina pantas memotong sambil tergelak. "Relax, Rania. Aku bergurau jelah eish engko ni!" Dina menepuk perlahan bahu Aku. Terus dia ketawa. Aku disini sudah mencebik. Hampeh betul!
"Kalau aku nak dekat si Iskandar ni, dah lama aku try tau" Wajah sinis Dina kembali muncul.
"Kau ni kan. Baru je tadi aku dapat tengok wajah mesra alam kau. Sekarang dah kembali ke tak mesra alam. Kalau macamni bila lah kau nak ada boyfriend" Aku mencemik geram.
"Orang yang bernasib baik je yang dapat berkawan dengan aku ni" jawab Dina acuh tak acuh.
"Ohh jadi Aku ni tak bernasib baik lah?" Tanya Aku dengan wajah sinis.
"Lebih kuranglah" jawab Dina lalu tersengih.
"Rania!" Terdengar nama Aku dijerit.
"Alahai, Minah Kepoh ni dah sampai. Okaylah korang. Aku cau dulu. By the way, Tengku Farish Iskandar.. Selamat Pengantin Baru!" Ucap Dina kemudian terus berlalu pergi menuju ke arah meja makan.
"Rania! Tahniah weh! Kau tahu tak aku terkejut gila masa dengar Kau tak jadi kahwin. Aku ingatkan sebab Daniel ada perempuan lain. Aku hampir hampir nak pergi penggal kepala si Daniel tu tau" Laju saja Anis bercerita sebaik saja sampai di depan Aku dan Iskandar. Aku tak mampu nak berkata apa apa. Hanya mampu mengukirkan senyuman saja.
"Tahniah, Tengku Farish Iskandar! Tak sangka kan kisah percintaan korang ni tragik betul! Macam dalam Novel pun ada. Aku doakan semoga hubungan korang akan berpanjangan sampai ke akhirnya.." Anis menjeling Iskandar disebelah lalu mengukirkan senyuman teruja.
"Aamiin. Thank You tau Anis" ucap Iskandar lalu tersenyum.
"Sama sama" balas Anis. "Kau dah ingat Aku tak?" Tanya Anis pada Aku.
"Erm.. belum" Aku terus menggigit bibir bawah.
"Semuanya tak ingat lagi?" Tanya Anis lagi dengan wajah yang tidak puas hati. Aku terus menganggukkan kepala.
Wajah Anis terus berubah mendung. "Its okay. Mungkin lebih elok kau mulakan hidup baru kan?" Anis tersengih.
"Mungkin itu yang terbaik" ujar Aku.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...