Bab 42 - Goodbye

2.3K 218 17
                                    

MEMANG janggal apabila dua orang Lelaki yang menarik perhatian aku duduk makan satu meja. Perut yang terasa lapar tiba tiba terasa kenyang. Air yang rasanya manis tiba tiba berasa tawar. Mujur semuanya sudah selesai. Mujur jugak Daniel tak bangkitkan isu telur kuning tu. Kalau tidak, aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa dengan tindakan spontan aku itu.

Sejak bila pula aku dan Encik Rish berkongsi makanan? Takkan sebelum ini kami kerap berkongsi makanan? Atau mungkin apa yang aku buat itu memang tabiat aku selama ini dan kali ini ia berlaku diluar kawalan aku?

Selepas hantar aku ke Galeri, Daniel terus ke Skudai untuk berjumpa dengan pelanggannya. Petang nanti katanya dia akan ambil aku dan makan malam bersama. Esok aku dah kena balik ke Kuala Lumpur. Tadi Mak sudah telefon. Katanya baju pengantin aku tak selesai lagi. Jadi nak tak nak, memang aku kena balik juga. Nanti makin tertekan Mak dan Nayla kerana terpaksa uruskan hal majlis berdua saja.

"I need your explanation" Tiba tiba suara Encik Rish mengejutkan lamunan aku yang sedang termenung merenung tekstur dinding di ruang peribadi Datin Sheila.

Aku menoleh. Encik Rish betul betul berada di belakang aku. Hari ini, dia kelihatan sangat segak dengan seluar berwarna perang lembut dipadankan dengan kemeja putih kosong. Hari ini rambutnya disikat kemas. Bau wangian sekali sekala menusuk masuk ke dalam rongga hidung.

"Tak sangka pulak semalam kita lunch sekali. Tapi masa lunch tu kitaorang makan ikan bakar. Tak ada pulak makan telur" Kedua dua keningnya terangkat. Senget mulutnya mengulumkan senyuman.

"Seronoklah tu dapat perli I!" Aku mencebik. Encik Rish ketawa.

"You buat apa tadi em?" Tanya Encik Rish lembut.

Aku dah tak tahu berapa kali aku berasa terpesona apabila melihat wajahnya. Cara dia bertanya, nada suara dia, sebijik macam Iskandar! Memang tak salah lah kalau hati aku berbolak balik hendak meneruskan perkahwinan jika klon yang aku cinta sudah ada di depan mata.

"Entahlah" Aku menarik lengan Encik Rish. Berjalan menuju ke arah bangku. "Tiba tiba tangan I ni letak telur kuning tu dalam pinggan You" Aku menggaru kepala. "Dan dan tu jugaklah Daniel pandang semacam. I sendiri pelik kenapa I buat macamtu"

Encik Rish meraba kerusi di depan kemudian melabuhkan punggungnya. "Mungkin perkara yang biasa You buat akan berlaku secara automatik walaupun You tak ingat"

"Maksud You.. I memang biasa bagi telur kuning dekat You?" Encik Rish menganggukkan kepalanya. Mata aku terus terbeliak. "Jadi ada kemungkinan I boleh ingat balik?" Hati Aku berasa teruja.

"Itu I tak pasti"

"Hish You ni. Bukannya nak bagi harapan dekat I"

"I cuma berani bagi harapan yang pasti je. Yang I cintakan You. Sanggup tunggu You kembali semula pada I. Sanggup tunggu You cari jawapan yang You nak"

Aku terdiam. Terkejut pun ada dengan sikap berterus terangnya. "I mintak maaf. I tak tahu sama ada I cintakan You sebelum ini atau sebenarnya orang lain"

"Orang lain tu siapa? Berapa ramai Lelaki dalam hidup You?"

"Entah. I pun tak tahu. Setakat ni yang muncul cuma You dan Daniel je. Nasib baik tak ada yang datang claim I ni girlfriend diaorang. Kalau tidak memang haru biru lah hidup I" ujar Aku berseloroh. Encik Rish hanya tersenyum saja.

"Boleh I tanya You sesuatu?" Tanya Aku pada Encik Rish.

"Boleh. Tanya lah"

Aku bersandar pada kerusi lalu merenung ke arah wajahnya. "You buta sejak kecik ke?"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now