Bab 12 - Cemburu

4K 281 21
                                    

SEJAK kejadian minggu lepas, Shahira dan rakan rakannya tidak lagi bertegur sapa dengan aku. Setiap kali kami bertembung, mereka pasti akan menoleh ke arah lain. Biarlah. Aku sikit pon tak hairan jikalau hilang kawan seperti mereka. Cuma yang buat aku sedih, Iskandar masih lagi dingin dengan aku. Terus terasa kehidupan aku di sekolah ini terasa kosong.

Ain dengan aktiviti kelas tambahannya. Begitu juga dengan Laura. Hanya waktu rehat saja kami sempat berkumpul dan bergosip. Tapi aku masih tidak ceritakan tentang aku dan Daniel kepada mereka. Aku tak tahu kenapa aku langsung tidak berasa teruja untuk nak berkongsi perkembangan hubungan aku dan Daniel. Biarlah menjadi rahsia buat masa ini.

"Tahniah. Tak sangka rupanya kau pemain hoki sekolah" kata Aku sebaik saja menarik kerusi kosong di sebelah Iskandar. Dia mendongakkan kepala.

"Kau daripada planet mana ni?" Iskandar menjeling sinis. "Macamlah kau tak pernah nampak aku main hoki sebelum ni" sambungnya lagi.

Alamak! Jap, aku pernah tengok dia main hoki ke sebelum ni? "Maksud aku.. aku tak pernah nampak kau main sebagus macamtu" Aku tersengih.

"Yelah. Macam mana kau nak perasan aku main bagus ataupun tak sebelum ni. Kalau datang sekadar nak usya pemain pasukan lawan. Bukannya nak bagi sokongan dekat pasukan sekolah sendiri" Iskandar mengerling.

"Tu dulu. Sekarang tak dah" balas Aku bersahaja.

"Kenapa pula tak?" Iskandar menoleh.

"Sebab aku dah jadi peminat setia pasukan hoki sekolah kita" balas Aku berdalih. Takkan aku nak mengaku yang aku dah mula minat dekat kapten hoki sekolah? Tak pasal pasal merosakkan niat aku untuk tidak bercinta di sekolah je.

Iskandar tersenyum kecil.

"Kau marah aku lagi?" Aku merenung wajah itu sekadar ingin berdamai.

"Bergantung" balas Iskandar acuh tak acuh.

"Bergantung apa pula ni?" Aku berdesit.

"Selagi aku jadi pelindung kau, selagi tu aku takkan benarkan kau bercinta dengan mana mana lelaki pon. Kalau aku dapat tahu kau bercinta, secara automatik tugas aku untuk jaga kau terbatal dan kau boleh serahkan tugas tu pada boyfriend baru kau tu" jelas Iskandar panjang lebar kemudian merenung aku lama.

"Tapi, mana adil! Kalau dia bukan satu sekolah dengan aku macam mana?" Soal aku bernada tidak puas hati.

"Nasiblah" balas Iskandar kembali menatap buku lukisannya.

"Kau tahu tak kau ni kejam?" Aku mencemik.

Iskandar menoleh. "Jadi kau nak teruskan dengan lelaki haritu lah?" Kening Iskandar terangkat. Wajahnya kelihatan serius.

"Susah lah cakap dengan orang macam kau ni" keluh Aku perlahan.

"Kau memang suka dia ke?" Tiba tiba Iskandar bertanyakan soalan yang amat payah untuk aku menjawab.

Aku menghela nafas perlahan.

"Aku pernah suka dia" balas Aku perlahan.

"Pernah?" Iskandar memandang sinis. "Jadi sekarang kau dah tak suka dia?"

"Tapi, di masa depan aku suka dia" ujar Aku perlahan.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now