Bab 57 - Urusan Hati

3K 184 26
                                    

TAHUN 2024...

ISKANDAR termenung di Meja Kerja. Fikirannya masih berada di dalam bilik mesyuarat yang sudah berlalu hampir tiga jam. Telinganya masih mendengar dengan jelas suara itu. Tangannya masih terasa sentuhan itu.

"Nur Rania.." bisik Iskandar perlahan.

"Ehem!"

"Eh Datin!" Iskandar tersentak.

Kemudian terdengar suara Datin Sheila ketawa terkekeh. "Sorry. I didnt mean to interrupt You"

"Tak baik masuk bilik orang tak bagi salam!" Iskandar menarik wajah masam.

"Ada bagusnya jugak I tak bagi salam, kalau tak mesti I taktahu yang rupanya You tengah fikirkan pasal Rania"

"Mana ada!" Iskandar nak jugak berdalih walaupun dah terang lagi bersuluh dia sudah terkantoi dengan Datin Sheila.

"I ada number dia. You nak tak?" Datin Sheila sudah tersenyum senyum.

Iskandar tersenyum kecil. Lalu menggelengkan kepalanya. "Dahlah Datin. Ada apa masuk bilik I ni?"

"I guess I already know the answer"

"Answer of what?" Dahi Iskandar berkerut.

"You lantik Hias Inter. Kan?"

"Yes. But not for the reasons You think"

"Really?"

"Ya. I nak hire dia sebab proposal diaorang menarik dan menepati apa yang I nak. Tapi no. Bukan kerana Rania" Iskandar sudah berpeluk tubuh.

Datin Sheila tersenyum. "Okay, I tak cakap apa apa pun tau. Tapi I tak kisah kalau disebabkan dia. Manatahu, daripada urusan kerja boleh bertukar kepada urusan hati. Dapatlah jugak I merasa nasi minyak percuma kan"

"Huh. Kalau nak percuma sekarang pun I boleh belanja Datin"

"Lain. Tak sedap"

Iskandar ketawa lalu menggelengkan kepalanya.

"So I rasa elok I serahkan projek ni 100% dekat You"

"Hah? Mana sempat I nak jaga projek ni"

"Alah, sambil sambil You terperap dalam Galeri tu, You pantaulah. Lagipun ini je cara You nak dekat dengan Rania" Kemudian Datin Sheila ketawa kecil.

"I tak pernah kerja sebab perempuan tau" Iskandar mengangkat keningnya.

"Sebab tu kalini I nak You kerja disebabkan perempuan. Rimaslah I tengok You asyik menyingle"

"You and My Mom, dua dua sama je!" Iskandar mencebik.

"Yelah kami kan sebaya. I dah anggap You macam Anak I dah. So I nak tengok You kahwin sebelum I tutup mata ni"

"Wehhh! Sebijik macam My Mom cakap!" Iskandar terus ketawa. Diikuti dengan tawa Datin Sheila.

"You're soooo lucky Im not your Mom. Kalau tak, dah lama dah I paksa You kahwin dengan anak kawan kawan I"

"No. You're lucky. Kalau tak, entah berapa kali pinangan You ditolak" Iskandar menguntumkan senyuman.

"Heyy you man, dont look down upon yourself ya!"

"Yeah I know. Im tall, dark, handsome and rich" Iskandar terus ketawa besar.

"Tahupun. So you can handle this project ya. I sibuk dengan kes Datuk ni. Dia nak I selalu berkepit je dengan dia"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now