Bab 38 - Bisikan Hati

2.3K 213 4
                                    

FLASHBACK...

"HARAP yang terakhirnya menepati apa yang You mahu" ujar Datin Sheila.

"Kalau tak menepati juga, I serahkan semuanya pada Datin untuk tentukan" Encik Rish mengalah. Berbelas syarikat menghantar proposal. Namun tiada satu pun yang menarik minatnya.

"Assalammualaikum.." Terdengar satu suara yang memberi salam.

Encik Rish tergamam. Entah kenapa suara itu seakan akan menarik minatnya. "Cik Nur Rania Elyaana Batrisyia dari Syarikat Hias Sdn Bhd, kan?" Tanya Datin Sheila.

"Ya saya. Nama saya Nur Rania Elyaana Batrisyia atau lebih dikenali sebagai Rania daripada Syarikat Hias Sdn Bhd. Sepatutnya harini saya buat pembentangan bersama dengan Boss saya iaitu Encik Kamal. Tapi diatas sebab ada hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan, dia tak dapat turut serta"

"Nur Rania Elyaana Batrisyia nama awak?" Tanya Encik Rish menyampuk.

"Ya. Saya tahu nama saya agak kekampungan. Tapi saya suka nama ni. Unik. Ayah saya yang pilihkan nama ni sebenarnya" jawab Rania dengan nada sedikit sarkastik.

Encik Rish tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya tanda faham. Telinganya terus mendengar penerangan yang agak detail itu. Nada suara macam bunyi nak marah saja. Tapi bukannya niat dia pun. Sebab nama itu memang menarik. Cantik.

"Saya suka nama awak. Saya harap design awak secantik nama" komen Encik Rish bersahaja tanpa mempamerkan sebarang riak wajah.

"Ehem.." Terdengar Datin Sheila berdehem perlahan. "Bila nak bentangkan cadangan cik?" Minta Datin Sheila. Encik Rish sudahpun bersiap sedia untuk mendengar cadangan yang terakhir ini.

"Ini kertas cadangan saya" Rania menyerahkan salinan kertas cadangan pada Datin Sheila dan Encik Rish. Lalu Rania memulakan pembentangannya. Menerangkan tentang konsep yang dipilih dan mengapa dia memilih konsep tersebut.

"Lakaran konsep di page mana ya?" Tanya Datin Sheila.

"Oh. Ada di page keempat" jelas Rania.

"Nice and fresh!" Puji Datin Sheila dengan nada teruja. Encik Rish masih tidak menyentuh kertas cadangan yang ada di depannya. Dalam fikirannya sedang mencongak congak sama ada mahu menolak atau mengambil cadangan tersebut.

"Encik Rish cuba nilai lakaran tu. Kalau tak berkenan, saya boleh ubah mengikut kehendak Encik.." ujar Rania.

"Takpe. I kena pinjam mata Datin untuk terjemahkan lakaran awak tu" jawab Encik Rish acuh tak acuh.

"Oh.." Rania terus termati kata. "Kalau macamtu, saya nak pinjam tangan Encik Rish boleh?" Tanya Rania.

Encik Rish tergamam. Dahinya berkerut. Seakan akan dia berasa pelik dengan permintaan itu. "Nak buat apa dengan tangan saya?" Dahinya terus berkerut.

"Nak tunjuk sesuatu" balas Rania. "Kalau saya bagi penerangan dari sini, boleh Datin?" Rania meminta izin.

"Boleh. Dipersilakan" Datin Sheila menganggukkan kepalanya tanda memberi keizinan.

Tangan Encik Rish ditarik dengan lembut. Terasa lembut tangan gadis itu membimbing tangannya menyentuh permukaan lakaran yang ada di atas kertas cadangan.

"Ini adalah idea konsep yang saya terangkan sebentar tadi" Rania membawa jari Encik Rish menyentuh tulisan Braille pada kertas cadangannya.

"Tulisan Braille?" Tanya Encik Rish. Seakan terkejut.

"Yes! Bukan senang tau saya nak sediakan proposal dengan tulisan Braille ni. Saya kena cari dan upah orang lain untuk buatkan. Kalau Encik sendiri taknak baca, memang sia sia jelah usaha saya" luah Rania secara spontan.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now