Bab 52 - Rahsia

3.2K 207 1
                                    

PAK ANAS memandang majikannya dengan perasaan berbelah bahagi. Hendak bersuara tetapi terasa seperti mencampuri urusan majikannya lah pulak. Tapi kalau masih dibiarkan, hatinya yang akan berasa tidak aman.

"Ada apa, Pak Anas?" Tiba tiba Iskandar bersuara.

"Hah?" Muka Pak Anas dah cuak. "Apa encik?"

"Macamlah kita ni baru kenal, Pak Anas. Kalau Pak Anas dari tadi asyik berdehem je tandanya ada lah tu benda nak cakap. Cakap jelah" Memang dia dah kenal sangat dah dengan perangai pemandu peribadinya yang sudah bertahun berkhidmat itu, yang sudah dianggap sebahagian daripada keluarganya.

"Pak Anas bukannya apa. Tapi rasa macam tak betul je cara Encik ni"

"Cara yang mana?"

"Yang mana lagi. Yang rahsiakan perkara penting ni daripada Puan Rania lah. Kesian dia tau. Rasanya, dia patut tahu"

"Bukan saya taknak bagitahu dia. Tapi, saya takut. Takut dia fikir yang bukan bukan. Takut dia akan kecewa"

"Encik terlalu nak menjaga hati dia. Pak Anas yakin dia boleh terima baik dan buruknya.

Iskandar melepaskan keluhan berat. Memang pada awalnya dia tak mahu rahsiakan apa apa daripada Rania. Tapi dia risau. Risau jika dia buat Rania kecewa. Biarlah dia uruskan dulu semuanya dan kemudian Rania akan diberitahu. "Nantilah"

"Encik nak bagitahu?" Suara Pak Anas kedengaran seperti gembira.

"Tapi bukan sekarang. Pak Anas jangan bagitahu sesiapa tau"

"Yelah. Takkan lah Pak Anas nak memandai pulak"

Iskandar tersenyum. "Terima kasih"

"Lepas ke Pejabat Peguam ni, kita nak kemana pulak? Terus balik ke?"

"Kita ke sekolah"

Pak Anas pandang ke belakang melalui cermin pandang belakang. Terlihat majikannya termenung panjang. Dia terus menggelengkan kepalanya. Kadang kadang dia sendiri tidak faham apa yang ada dalam fikiran majikannya itu.


❤️


"ISKANDAR! The Famous Artist!"

"Alah Abang. Janganlah jerit macamtu. Malu lah kalau budak budak tu dengar" Iskandar ketawa kecil.

Cikgu Azrul terus memeluk tubuh birasnya itu. "Baguslah kalau diaorang dengar. Kalau ada yang tanya nanti Abang cerita kisah kau kat diaorang daripada A sampai Z. Mahu melopong masing masing nanti" Cikgu Azrul terus ketawa lalu mengintai ke belakang. "Eh. Mana Rania?"

"Oh. Dia tak datang harini"

"Kenapa?"

"Sebenarnya, saya ada hal penting nak bincang dengan Abang ni" Iskandar bersuara perlahan.

"Sampai datang sekolah?" Terangkat kedua belah kening Cikgu Azrul.

Iskandar tersengih. "Kat sini je yang selamat berbincang. Kalau kat rumah nanti, mak pulak ada"

"Nampak macam penting sungguh ni" Cikgu Azrul sudah memandang wajah Iskandar semacam.

"Lebih kuranglah"

"Mesti berkaitan dengan Rania kan?"

Iskandar tersenyum.

"Okay jom masuk bilik Abang. Kita bincang dekat sana" Cikgu Azrul terus menarik lengan Iskandar.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now