Bab 28 - Cerita

2.5K 234 2
                                    

PAGI itu, Daniel muncul dengan sejambak bunga ros putih dan sebekas makanan. "Semalam Kak Naura cakap awak tak ada selera nak makan. Jadi, harini saya bawakkan bubur special untuk awak" ujar Daniel dengan wajah ceria.

Aku tersenyum. "Awak masak ke ni?" Tanya Aku sekadar ingin mengusik dia. Aku tahu, Daniel bukannya pandai masak pun. Masak maggi pun belum tentu pandai.

"Perli saya ke?" Daniel tersengih. Eh! Terasa ke? "Saya beli dekat kedai yang awak suka makan. Awak ingat tak kedai tu?"

"Gerai ABC?"

"Ahamdulillah. Awak ingat kedai tu" Wajah Daniel berseri seri.

"Saya ingat. Kita dah lama jadi pelanggan kedai tu. Bukannya setahun yang lepas. Sebelum kenal awak pun saya dah biasa pergi kedai tu dengan kawan kawan saya"

"Oh ya. Abang Danny kirim salam. Dia tak dapat ziarah awak sebab nak ke Sabah selama seminggu. Nanti balik dari sana, dia akan singgah jumpa dengan awak" jelas Daniel sambil tangannya membuka bekas makanan.

Bau aroma bubur ayam sungguh menyelerakan. "Waalaikumsalam.." ucap Aku perlahan. "Oh ya. Papa apa khabar? Sihat?" Baru aku teringat. Sepanjang aku berada di hospital ni, Daniel tak pernah pulak bukak cerita tentang papanya. Seingat aku, papa Daniel diserang angin dan terlantar di rumah. Sepanjang kami bertunang, memang kerap jugak aku ziarah papa di rumah Abang Danny.

"Alhamdulillah sihat" jawab Daniel sambil berjalan ke arah singki untuk mencuci tangannya.

"Bila saya dapat keluar hospital, boleh lah saya ziarah papa" ujar Aku perlahan. Rindu pulak dekat orang tua tu. Dia layan aku seperti anaknya sendiri. Kalau ikutkan papa, memang dah lama dia nak kami kahwin. Tapi, dia sendiri faham keadaan kewangan anaknya. Sebab itulah papa tak memaksa. Dan aku pun sesungguhnya belum bersedia untuk semua itu.

"Okay" balas Daniel tersenyum.

Tapi, entah kenapa senyumannya kelihatan hambar. Takkan Daniel dan Papa masih tak serasi seperti dahulu? Dulu Papa selalu marahkan Daniel kerana memilih bidang peragaan dan Daniel pulak degil. Langsung tak mahu dengar cakap Papa. Sudahnya, berminggu minggu dan kadang kadang berbulan bulan mereka tak bertegur sapa. Dan yang jadi orang tengah, aku lah. Kalau Papa nak pesan apa apa dekat Daniel, dia sanggup telefon aku. Daniel pulak, kalau nak sampaikan apa apa kepada Papanya, mesti paksa aku yang tolong sampaikan.

"Harini saya luangkan masa teman awak. Jadi awak boleh tanya saya apa apa saja tentang perkara setahun yang lalu. Nanti saya akan cerita" ujar Daniel sambil menyua sudu berisi bubur ayam ke mulut aku.

"Saya nak awak ceritakan semuanya.."

"Okay.." Daniel mengambil tempat di sebelah lalu meraih tangan aku. "Kita jumpa dekat gerai ABC. Lepastu, kita terserempak lagi dekat depan pintu pagar sekolah saya. Masatu awak dengan kawan awak yang datang sebab nak minum cendol"

"Kejap.." Aku mencelah. Kenapa tiba tiba jantung aku berdegup dengan laju ni? "Saya makan cendol?" Tanya Aku sekadar inginkan kepastian.

"Yup. Dengan kawan lelaki awak. Masatu awak nak mintak nombor telefon saya. Mulanya saya rasa risau nak bagi. Tapi bila tengok awak bersungguh sungguh nakkan nombor telefon saya, saya pun bagi jelah. Tapi okay jugak.. lepastu kita mula rapat"

"Jadi, memang betul saya pernah makan cendol dengan Iskandar?"

"Apa?"

"Erk.. takde pape. Saya cakap kat diri sendiri je"

"Siapa Iskandar?" Tanya Daniel.

"Erk.. budak lelaki yang makan cendol dengan saya tu lah"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now