Bab 11 - Isyarat

3.3K 277 13
                                    

CUACA pada petang ini sangat indah. Cahaya matahari kelihatan terang benderang. Mungkin kerana sudah beberapa hari hujan turun membersihkan segala kotoran udara. Awan bertompok tompok menghiasi langit yang membiru. Namun, hati aku tidak seceria cuaca pada petang ini. Hari ini, Iskandar masih lagi dingin dengan aku. Puas aku ajak dia berbual, tetapi dia buat tidak endah saja. Sudahnya, aku pula yang makan hati.

Susah juga nak memujuk orang lelaki ni. Kalau orang perempuan, bolehlah juga aku belikan coklat ke, teddy bear ke, ajak pergi makan ke. Tetapi kalau lelaki nak dipujuk dengan apa? Ajak pergi makan pon tak nak. Aku beli air milo dalam tin tu, dia pergi bagi dekat kawan dia. Aku belikan makanan, dia tolak. Katanya nak jaga berat badan. Menyampah sungguh!!

Aku menghela nafas perlahan, memerhati padang sekolah sudah dipenuhi dengan pelajar dan orang luar untuk melihat perlawanan hoki peringkat sekolah pada pukul 3.00 petang nanti. Kalau ikutkan hati, malas rasanya aku nak pergi buang masa menyaksikan perlawanan ini. Tetapi, Ain dan Laura yang tergedik gedik ajak aku ke sekolah. Katanya, dia minat seorang pemain hoki dari sekolah yang datang bertanding pada hari ini.

"Sudah sudahlah tu dengan buku tu. Jomlah tengok perlawanan ni dulu" tegur Ain lantas merampas buku sejarah aku.

"Diaorang ni musuh kita tau. Harap haraplah sekolah kita menang" balas Laura bernada teruja.

"Kesianlah dekat hero aku kalau dia tak menang.." balas Ain.

"Kau jangan nak berpaling tadah eh!" Laura mencemik. "Angkara cinta, sanggup tengok sekolah sendiri kalah!" Sambung Laura lagi.

Aku langsung tidak berminat nak mencelah dalam perbualan mereka itu. Hanya mendiamkan diri dan mempamerkan wajah bosan kerana malas mahu menyaksikan perlawanan ini. "Aku pergi library dulu lah" Terus aku bangun dari duduk.

"Kalau ya pun kau tak minat, teman lah kitaorang ni kejap. Tak best lah tengok berdua je" Laura memandang tajam ke arah aku kemudian menarik tangan aku agar aku kembali duduk.

Nak tak nak terpaksa aku duduk di bangku itu semula. Orang ramai mula bersorak sebaik saja melihat kedua dua pasukan mula memasuki padang. Tiba tiba aku teringatkan Iskandar. Mana eh dia? Takkan dia tak datang tengok perlawanan ni? Mata aku terus meliar mencari kelibatnya.

Bunyi wisel serentak dengan bunyi sorakan penonton, menarik aku untuk turut sama melihat perlawanan yang baru hendak bermula. Bola hoki berada di tangan pihak lawan. Pasukan sekolah kami memakai baju uniform berwarna merah. Sedang aku asyik ralit memerhatikan nombor baju prmain, tiba tiba terlihat seraut wajah yang sangat aku kenali.

Dia main hoki? Bulat mata aku memandang ke arah padang. Seakan akan tidak percaya dengan apa yang aku sedang lihat sekarang ini. Sejak bila dia jadi pemain hoki sekolah? Kenapa sebelum ni aku tak pernah tahu? Seingat aku, tak pernah lah pulak aku nampak dia dalam pasukan hoki sekolah dulu. Ataupun, dulu aku tak pernah ambil tahu pasal dia? Aku terus melihat dia yang sedang lincah bermain di padang.

"Kau ni dah kenapa? Ni mesti kes berkenan dengan hero aku tu kan?" Ain menjeling.

Aku menoleh ke arah Ain dan juga Laura. "Dia main hoki?" Dahi aku berkerut.

"Siapa?"

"Iskandar" balas Aku perlahan.

Serentak Laura dan Ain memandang aku. Kedua duanya terpinga pinga. "Dia kan kapten pasukan hoki sekolah" beritahu Ain. Berkedip kedip matanya.

"Bila?" Soal Aku bernada hairan.

"Kau ni! Sejak dari tahun lepas lagi. Tapi, dengar kata dia nak lepaskan title kapten tu pada junior sebab tahun ni dia akan ambil SPM" cerita Laura kemudian dahinya berkerut memandang aku.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now