Bab 39 - Kehilangan

2.4K 206 24
                                    

BIAR Bisikan Hati yang menentukan? Huh. Masalahnya hati aku sekarang ini hanya pada Iskandar!

Hanya Iskandar saja!

Tapi dia dah takde. Macam mana aku nak meneruskan kehidupan jika hidup aku terus dibayangi Iskandar? Kenapa aku dikurniakan kembali ingatan yang menyedihkan ini? Apa hikmah disebalik semua ini? Ya. Aku yakin aku cintakan Iskandar. Sangat cintakan dia. Tapi dia dah takde. Apa yang boleh aku buat sekarang? Bagaimana dengan hati aku sebelum kemalangan?

Adakah aku pilih Encik Rish? Atau aku pilih Daniel? Kenapa seminggu sebelum kemalangan aku beria ia nak mengelak daripada berjumpa dengan Encik Rish? Kenapa aku sanggup suruh Dina gantikan tempat aku? Kenapa aku setuju nak meneruskan perkahwinan? Adakah kerana jawapan hati aku adalah.. Daniel?

Argh! Serabut! Kusut! Ya Allah. Bantulah aku buat pilihan yang tepat. Kenapa ingatan kepada Iskandar perlu muncul dalam hidup aku? Jika dia bukan masa depan aku, kenapa Kau munculkan dia dalam ingatan Aku? Adakah Encik Rish dan Daniel bukan pilihan yang tepat? Tapi jika bukan mereka berdua, habistu siapa lagi?

Mata aku terus merenung taman di hadapan Galeri. Rinbunan pokok yang menutup pemandangan ke arah jalan besar sekaligus membuatkan kawasan Galeri terasa nyaman.

"Rania, jom" ajak Dina yang tiba tiba muncul dari arah belakang.

"Pergi mana?" Tanya Aku kehairanan.

"Kau kata kau nak cuba ingat balik, kan? Aku nak tunjuk beberapa tempat yang kau paling suka masa buat design dalaman Galeri ni"

"Esok jelah. Dah lewat dah ni" Aku memandang sekilas telefon bimbit di tangan. Tepat pada jam 8 malam. Selepas solat maghrib tadi, aku tunggu Dina siapkan kerjanya. Encik Rish dan Pak Anas dah lama balik petang tadi. Kata Encik Rish, ada urusan penting.

"Tak boleh. Kena malamni jugak" Dina terus berlalu menolak daun pintu.

Nak tak nak aku turutkan juga. Namun sebaik saja aku menolak daun pintu, tiba tiba saja cahaya gelap bertukar menjadi terang benderang dan serentak itu terdengar suara suara yang menjerit. "Surprise!"

Aku terkedu. Terkejut melihat semua team design berkumpul di ruang lobi Galeri. Di tengah tengah mereka terlihat Encik Rish dengan cermin mata hitamnya sedang tersenyum meleret. Kedua dua belah tangannya menyeluk poket seluarnya.

"Macam mana Cik Rania? Ingat kami tak?" Tanya salah seorang pekerja yang aku sudah lupa namanya siapa.

"Erm.. maaf.." Aku terus menggaru kepala sambil tersengih. Kesian pula tengok wajah wajah yang penuh mengharap agar aku dapat ingat mereka kembali.

"Takpe. Kita kena kerap buatkan dia terkejut baru dia ingat kot" sampuk Rakan di sebelahnya.

"Harini hari jadi I ke?" Tanya Aku kehairanan. Rasanya aku masih ingat bila hari jadi aku dan harini bukannya hari jadi aku.

"Bukan. Tapi Boss mintak kitaorang buat Surprise Party. Manatahu kalau buat surprise, saraf saraf dalam kepala Cik Rania tu boleh buat kerja lebih masa" Salah seorang daripada mereka bersuara.

Aku tersenyum. "Boss? Encik Kamal?" Tanya Aku inginkan kepastian. Mereka terus menganggukkan kepala. Aku tersenyum kecil. Memang betul Encik Kamal ialah Boss yang baik. Kalau Boss lain, mungkin tengah fikir macam mana nak buang Aku.

"Jom makan" ajak Dina terus menyambar pinggan. Pekerja seramai 10 orang itu terus berkerumun di meja makanan. Aku masih terpegun. Masih terkejut dengan keprihatinan mereka.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now