Bab 49 - Cukup Ada Kamu

3.7K 219 21
                                    

PERKARA yang paling menakutkan dalam hidup adalah KOSONG!

Dapat markah... KOSONG,

Baki duit dalam akaun bank... KOSONG,

Buka dompet... KOSONG,

Buka mata... KOSONG.

Tapi bagi Iskandar, buka mata saja sudah cukup ada Isterinya di sebelah. Tapi bagi Rania, buka saja mata, fikirannya masih terasa kosong. Masih seperti semalam. Masih seperti bulan yang lepas. Hanya ada secalit memori yang membawa dia menemui cinta yang hilang. Tapi semua itu masih belum cukup kerana setiap apa yang keluar daripada mulut si Suami, tak ada satu pun yang dia ingat.

"Sayang, do you remember the first day You came to My Gallery?"

Rania terus menggelengkan kepalanya. Matanya terus memandang Iskandar yang kelihatan sedang tersenyum meleret. Pagi ini rambut si Suami kusut masai. Tapi tetap kelihatan manis di matanya. Hanya memakai singlet dan seluar pendek paras lutut. Matanya merenung ke depan. Mungkin dia tahu di depan itu ada pemandangan pantai yang indah atau dia sedang membayangkan wajah si Isteri. Tapi.. wajah 16 Tahun yang lalu. Kalau dia nampak wajah si Isteri selepas 16 Tahun, masihkah akan ada cinta dihatinya?

"Tak ingatlah bang" Akhirnya Rania bersuara. Menghela nafas panjang. Dengan si Suami dia tak boleh guna bahasa isyarat atau bahasa tubuh, si Suami mesti tak akan tahu.

"Kenapa ni?" Lembut saja suara Iskandar bertanya. Walaupun dia tidak dapat melihat, namun daripada nada suara si Isteri, dia sudah faham sangat. Mesti ada sesuatu yang membelenggu fikiran si Isteri itu.

"Erm nothing" Rania berdehem perlahan.

"For ladies, nothing usually means something. What is it, Dear?" Suaranya masih lembut.

Rania tersenyum. Bingkas bangun lalu menghampiri si Suami yang sedang berdiri di Balkoni. Air kopi yang dituang ke dalam cawan kelihatan masih berasap asap. Tapi selera untuk menghirup minuman kegemarannya terbantut. "I was just wondering. Kalau You dapat tengok muka I sekarang, Will You Love Me or not?" Rania terus meletakkan dagunya di bahu Suaminya. Tangannya terus memeluk pinggang si Suami.

Iskandar tersenyum lalu tangannya menggenggam erat tangan Rania. "Ofcourse I will Love You"

"Tapi tak nampak. Mungkin muka I dah tembam. Banyak jerawat. Dah gelap seperti berjemur. Banyak parut" Nafas ditarik lalu menghidu wangian yang masih melekat di badan Suami.

"Tangan Abang kan masih dapat melihat.." Tangannya terus meraba pipi si Isteri. Satu ciuman singgah di pipi mulus itu.

Rania terus tersenyum. Perasaan bahagia ini hanya Tuhan saja yang tahu. Cumanya, dia masih tertanya tanya. Kemana hilangnya sebahagian dirinya? Siapakah dia di masa yang lalu? Benarkah Suaminya adalah seorang yang baik di masa lalu? Bagaimana dengan hubungan mereka yang dulu? Jika Daniel pun boleh sembunyikan sesuatu, takkan si Suami tak boleh nak sembunyikan apa apa? Rania menarik nafas dalam buat sekali lagi.

"Petang ni kita ke Sekolah nak tak?"

"Untuk apa?"

"To find a part of You"

Sekali Lagi Rania menghela nafas berat. "Dah berkali kali kita kesana. But still, tak ada satu pun yang I ingat"

"Kita cuba lagi okay sayang?" Kepalanya dilekatkan dengan kepala si Isteri.

"Okayy" Lambat lambat Rania menganggukkan kepalanya tanda setuju.


❤️


Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now