Bab 21 - Peluang Kedua

3.2K 238 4
                                    

ORANG kata, seorang perempuan mungkin mampu sembunyikan rasa cintanya buat bertahun tahun lamanya. Tetapi dia tak mampu untuk sembunyikan rasa cemburunya walau sesaat.

Benarkah?

Ya! Aku setuju!

Sebenarnya aku masih terkejut dengan tindakan Laila. Tak sangka! Dalam diam rupa rupanya dia menaruh hati kepada Iskandar! Bukan aku saja yang terkejut apabila mendengar pengakuan itu. Malahan Cikgu Zul dan Pengetua sekolah juga terdiam dan kaku. Apatah lagi Amirul dan Aidil. Kedua duanya ketawa mengekek apabila Laila mengaku bersalah dan berterus terang dia buat semua itu semata mata nak buat Iskandar benci kepada Aku.

Gila!

Berani sungguh! Kalau ya pon, buatlah perkara lain. Ini sanggup upah budak luar pecah masuk koperasi sekolah semata mata kerana cemburu? Tak logik langsung!

"Awak sedar tak tahun ni awak ada peperiksaan? Kenapa awak nak buat perkara tak senonoh dan tak berfaedah macamni semata mata kerana cemburu?" Tanya Cikgu Zul. Laila dan dua orang kawannya masih terdiam. Mereka bertiga tertunduk merenung lantai pejabat pengetua.

"Kalau saya laporkan pada pihak polis memang awak boleh dipenjara tau!" Marah Cikgu Zul lagi.

"Rania, betul ke awak bercinta dengan Iskandar?" Pengetua mencelah.

Soalan apekah ini? Terkedu aku dengan soalan yang tiba tiba ditanya oleh Pengetua. Terus terasa pipi aku memerah sekarang ni. "Tak!" Pantas Aku menggelengkan kepala. Malunya! Ish Pengetua ni! Kalau nak tanya soalan pun, biarlah soalan tu cantik sikit!

Laila menoleh kemudian mencemik kepada Aku. Aku hanya menjegilkan mata. Nak senyum senyum sinis pulak dekat aku! Pang kang!

"Korang tahu tak, perjalanan hidup korang ni masih panjang. Tak perlu nak bercinta dekat sekolah sebab akhirnya korang akan berpisah jugak" bebel Pengetua sambil memandang wajah kami satu persatu. "Sepatutnya korang perlu fokus dalam pelajaran. Bukannya fokus pada soal hati dan perasaan"

"Cikgu. Saya tak bercinta pon. Memang saya fokus pada pelajaran" Amirul mencelah.

Pengetua dan Cikgu Zul menjeling Amirul. Amirul kembali menunduk memandang lantai. "Kalau korang ada suka dekat sesiapa pun sekarang ni, saya mohon pada korang, tolonglah lupakan sekejap tentang soal hati tu. Tinggal beberapa bulan saja lagi. Lepas SPM nanti, korang nak bercinta sampai tunggang terbalik dunia pon, bercinta lah. Masatu tiada siapa yang akan halang" Sambung Pengetua lagi.

Aku menelan air liur. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan oleh Pengetua itu terkesan pada aku. Tapi apa yang Pengetua katakan itu ada juga betulnya. Tak sampai 10 bulan lagi kami akan menduduki peperiksaan SPM. Aku sepatutnya fokus pada pelajaran dan bukannya pada hubungan aku dan Iskandar. Kenapa aku boleh tersasar jauh daripada niat sebenar aku? Kenapa hati aku begitu lemah dalam mengemudi perasaan? Sepatutnya aku perlu elakkan diri daripada terlibat dalam kisah percintaan. Peluang sebegini tak mungkin datang berkali kali dan aku takkan sia siakan peluang yang ada. Kau dah kenapa ni Nur Rania? Tangan terasa ketuk kepala sendiri. Tapi aku kena sabar. Karang semua orang memandang pelik pula dekat aku.

"Laila, Misha, Lyn" Panggil Cikgu Zul. Dia menarik nafas dalam sebelum kembali bersuara. "Pihak sekolah terpaksa gantung persekolahan awak selama dua minggu. Dan selama dua minggu itu, awak kena menjalani hukuman khidmat masyarakat supaya awak sedar nikmat alam persekolahan yang sebenar dan moga selepas itu awak takkan mensia siakan peluang kedua yang diberikan oleh pihak sekolah"

"Habis, kitaorang ni macam mana cikgu? Nama kami dah tercemar. Mak ayah saya dah tak bagi saya keluar dengan kawan kawan. Semua kawan kawan saya, dianggap jahat oleh mak saya" jelas Amirul.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now