Bab 32 - Hanya Tinggal Kenangan

2.7K 236 23
                                    

PERSOALAN makin bertambah. Tapi jawapannya langsung tak ada. Semakin aku mencari, semakin aku keliru. Hari ini aku datang ke pejabat buat Sekali Lagi. Mengharapkan ada jawapan untuk semua persoalan itu. Nayla dan Anis keluar pergi beli makanan. Aku tak mahu ikut. Masa terasa begitu berharga sekali. Aku perlu tahu apa yang sedang terjadi. Tak lama lagi aku akan menjadi milik Daniel dan seboleh bolehnya ketika itu aku dah boleh ingat semuanya. Everything.

Perlahan lahan tangan Aku menarik laci meja kerja. Membelek belek kertas dan buku yang tersimpan di dalam laci yang boleh tahan bersepah. Aku keluarkan buku nota dan kertas kertas yang ada. Satu persatu dibelek. Tak ada apa yang menarik. Semuanya mengandungi maklumat tentang kerja yang aku sendiri tak ingat. Ada juga terdapat nota nota yang diconteng. Memang semuanya tulisan aku.

Mata Aku terpandang sehelai kertas yang mengandungi contengan bentuk love yang dipangkah berkali kali. Ada juga lukisan bibir yang mengukirkan senyuman. Ada juga lukisan pokok yang menghijau. Bila dilihat kembali, mengapa Aku terlalu obses dengan pokok? Apa disebalik semua lukisan lukisan ini?

Mata Aku terpandang pula sebuah diari hitam didalam laci. Takkan ini diari Aku? Aku bukannya jenis suka lukis diari pun. Tapi mungkin juga lepas dapat kerja baru ni aku kena ada sebuah diari untuk catat urusan kerja. Pantas tangan Aku mencapai diari tersebut kemudian membelek. Daripada satu helai ke satu helai yang lain. Memang sah ini diari milik aku. Tertera nama aku dan nombor telefon, siap ada tulis "JANGAN BACA DIARI AKU!"

Aku tergelak kecil. Tangan terus membelek muka surat seterusnya. Tak ada apa yang menarik. Semuanya tertera tarikh mesyuarat, tarikh hantar tender, tarikh temu janji dengan doktor gigi, Tarikh.. kejap, ini tarikh apa? Mata Aku terus merenung tarikh 21 April. Kenapa aku bulatkan tarikh ni berkali kali? Aku pandang kalendar. Tarikh tersebut dua minggu dari sekarang. Apa yang penting sangat dengan tarikh tu? Ada kerja yang perlu aku selesaikan ke?

Tangan Aku terus membelek lagi. Beberapa muka surat tidak menarik perhatian aku untuk membacanya. Tapi muka surat seterusnya menarik perhatian aku. Terlihat tulisan TFI a.k.a MR menggunakan pensel. Ditulis sehingga hampir penuh separuh muka surat. Apa maksud TFI ni? MR? Mr. Ke? Kenapa aku tulis benda ni secara berulang ulang kali? Aku terus membelek. Terlihat beberapa tulisan yang ditulis menggunakan pensel lagi..

Semua ini ujian dari Tuhan buat aku..
Biarlah Aku menanggungnya sendirian..

Biar Aku lepaskan, jiwa yang kau tinggalkan.

Mungkin ada hikmah disebalik semua ini..

Ujian? Hikmah? Apa maksud semua ini? Adeh! Pening pulak kepala aku ni. Cepat cepat aku menutup buku itu. Terus bersandar pada kerusi. Aish, mana pulak si Anis dan Nayla ni? Ni pergi beli makanan ke buat makanan? Lepasni aku nak kena pergi jumpa dengan Daniel pulak. Telefon dan beg tangan aku masih ada dengannya. Setiap kali dia jenguk aku, setiap kali itu lah dia asyik terlupa nak membawanya.

Hidup tanpa telefon memang bagaikan hidup di dalam gua! Mungkin daripada telefon jugak aku boleh mendapatkan beberapa maklumat lagi. Kemudian aku terus menelefon Daniel menggunakan telefon pejabat.

"Awak, petang ni kita jumpa. Saya nak ambil telefon dan beg tangan saya"


❤️


"NAHH" Daniel menghulurkan beg tangan aku. "Telefon awak rosak. Jadi saya belikan yang baru"

"Oh. Terima kasih" Tangan Aku terus membelek telefon tersebut. Hati aku sedikit kecewa. Baru saja aku bercadang nak belek mesej ringkas atau mesej di WhatsApp aku. Manatau dari situ aku boleh dapatkan banyak perkara.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now