"SO HOW? Macam mana kelas baru? Okay?" Tanya Laura sebaik saja menghabiskan sisa makanan didalam pinggan.
"Okay je" balas aku. Malas mahu bercerita tentang perkara yang menyakitkan hati tadi.
"Tak kena kacau ke? Aku kalau lalu depan kelas diaorang, buat aku rasa menyampah je. Ada saja yang mengacau. Kalau diikutkan hati, nak je aku bagi penampar dekat sekor sekor tu"
"Ada lah jugak. Tapi aku takkan biarkan diri aku dibuli. Diaorang ingat aku ni macam perempuan yang lain? Silap besar lah" ujar aku bersemangat. Lagipun, setakat samseng samseng taik kucing tu, petik jari je.
"Jangan risau lah pasal aku" Sambung Rania lagi. "Laura, kau kenal tak Iskandar?" Tanya aku setelah melihat Laura hampir selesai menikmati makanannya.
"Siapa je tak kenal beb. Ketua samseng tu" Laura menganggukkkan kepala.
"Ketua samseng?" Aku terus merenung wajah Laura. Ini yang buatkan kepala aku pening ni. Setahu aku, Aidil saja yang ketua segala samseng. Tapi.. Iskandar ataupun dikenali sebagai Tengku Farish Iskandar tidak pernah lah aku dengar sebelum ini.
"Laa kau ni. Dulu kau jugak yang cakap yang kau cukup menyampah dengan dia dan geng geng dia tu. Sayang kan? Rupa ada. Tapi perangai tak seindah rupa"
"Rupa dia memang macam orang pecah rumah pun" jawab aku dalam keadaan panas hati. Dalam masa yang sama, aku cuba mengingati semula nama nama pelajar yang pernah menjadi teman sekelas aku. Tetapi nama Tengku Farish Iskandar tidak pernah lah pulak muncul dalam kotak fikiran aku.. pelik sungguh! Siapa Iskandar ni sebenarnya ya?
"Ya memang pun. Kalau nak dibandingkan dengan Shafiq Aidan tu, memang Iskandar tu dah kalah habis. Tapi manis pada wajah Iskandar tetap ada" jawab Laura acuh tak acuh.
"Kau ni mata letak mana? Rabun ke apa kau ni" Aku menjeling Laura. Laura tergelak kecil. Sumpah lah, muka dia tidaklah hensem mana. Biasa biasa saja.
"Baru minggu lepas dia dengan geng dia kena masuk dalam bilik disiplin sebab kena tangkap ponteng kelas. Kau tak ingat?" Sambung Laura lagi.
Aku menggeleng. Dahiku berkerut kerut. "Dia pernah sekelas dengan kita ke dulu?" Tanya aku.
Wajah Laura mula berkerut kerut. Kemudian dia menganggukkan kepala. "Takkan kau tak ingat?"
Aku menggelengkan kepala. Aku cuba ingat semula nama nama yang pernah sekelas dengan aku. Tetapi dia.. tiada langsung. Argh kepala aku sakit!
"Aku rasa sebab dia sekelas dengan kita masa kita tingkatan satu dulu. Waktu tu bukan kau pandang sangat pun dia sebab kau tengah gila bayang dekat pelajar senior" Kemudian Laura menjeling sambil melemparkan senyuman sinis.
"Sempat lagi eh kau perli aku!" Aku mencemik. Terasa kelakar apabila teringatkan kisah zaman sekolah dahulu. Entah macam mana aku boleh gila bayang dekat pelajar senior yang akhirnya bukan menjadi milik aku dan pekerjaan pelajar senior yang aku gila bayang itu hanyalah kerja sebagai tukang mengangkut sampah sampah di kawasan perumahan aku setiap pagi. Sungguh sadis.
"Iskandar dengan Aidil tu satu kepala lah. Tapi Aidil tu lagi teruk. Suka mengacau orang. Yang Iskandar tu pendiam orangnya. Tapi dalam diam diam dia, dia nakal lah jugak. Bolehnya dia ponteng kelas. Ya Allah. Nasib baik dia dalam sukan, dia okay. Sebab tu dia tak pernah dikenakan denda atas tindakan dia. Eh tapi, dalam diam diam dia.. dia rajin tau ulangkaji dekat rumah walaupun dalam kelas dia macamtu" Terang Laura dengan panjang lebarnya.
Telinga aku hanya mendengar apa yang dikatakan Laura. Tetapi aku? Masih sama. Semua yang Laura ceritakan pada aku tentang dia semuanya aku tidak pernah tahu dan mungkin sebelum ini aku tidak mengambil tahu tentang dia. Yelah, dulu aku ni mana pandang sangat budak kelas belakang. Bagi aku, budak kelas belakang ni macam no class. Yelah, asyik asyik pandang ketua pengawas yang memberi ucapan pada pagi hari perhimpunan sekolah, pemain bola sepak yang keletihan dan terbaring diatas padang bola sepak di sekolah. Ya Allah! Hensem gila! Lebih lebih lagi apabila pemain bola sepak itu mengelap peluh yang menitik menggunakan tuala kecil. Sumpah hati aku melebur! Okay okay stop. Aku rasa aku dah terlebih.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...