Bab 43 - Melepaskanmu Pergi

2.7K 198 12
                                    

MENUNGGU? Berapa lama lagi harus menunggu? Dia tidak akan berhenti mengira waktu. Yang penting, selagi dia bernyawa selagi itulah dia sanggup menunggu. Kerana itu adalah janjinya. Janji mereka. Dia tidak akan sesekali memungkiri janji. Dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama lagi.

"Encik Rish?" Panggil Dina. Masih terkejut dengan Drama yang baru saja berlaku di depan matanya. Encik Rish masih lagi berdiri kaku. Langsung tidak bergerak dari tempat dia berdiri tadi.

"Encik Rish?" Panggil Dina sekali lagi lalu menghampiri Encik Rish yang sedang berdiri di tengah ruang bilik kerjanya.

"Dina, You ada dekat sini?" Tanya Encik Rish terkejut. Bagaikan baru tersedar dari lamunan yang panjang.

"Ya" Dina berdiri betul betul di hadapan Encik Rish. "You nak I pergi kejar Nia ke?"

"Tak perlu" Encik Rish menggelengkan kepalanya. "Sudah terang lagi bersuluh. I dah faham semuanya"

"Tapi, mungkin dia masih keliru dengan perasaan dia sendiri. You.. baru dua hari dengan dia. Mesti tak sempat untuk dia sedar yang dia cintakan You selama ni"

"Jika kita cintakan seseorang, tak perlu sehari atau dua hari. Selama lamanya hati kita akan tetap pada dia"

"Tapi kes korang ni bukan kes biasa" pujuk Dina lagi.

"Takpe. I biarkan dia pergi bukan bermakna I tak cintakan dia. Tapi kalau dia memerlukan masa, I akan berikan dia masa"

"Tapi sampai bila? Sampai dia dah jadi isteri orang? Masatu baru You nak terhegeh hegeh kejar dia balik!" Marah Dina.

"Kalau ada jodoh, tak kemana. Tapi kalau dah takdir tertulis yang memang tak ada jodoh, I berusaha keras macam mana sekalipun, memang cinta dia bukan milik I"

"You ni cepat sangatlah mengalah"

"Tak akan mengalah kalau dia sendiri yang tak buat keputusan. Tapi tadi You sendiri dah dengar kan? Dia langsung tak ingat I. Kalau I cakap beratus juta sekalipun yang I cintakan dia, kalau dia masih tak ingat I, apa lagi yang boleh buat? You nak paksa dia untuk terima I? Nak buat macam dalam drama TV3 sampai ugut ugut?"

Dina mendengus kasar lalu melangkah keluar dari bilik. Meninggalkan Encik Rish sendirian didalam biliknya.

Perlahan lahan kaki Encik Rish melangkah ke arah Sofa. Tiba tiba saja badannya terasa penat dan lelah. Yang sebenarnya bukan badan dia yang penat. Tapi fikirannya! Ini bukan kali pertama dia merasakan kehilangan. Dia pasrah jika sudah ditentukan kebahagiaan bukan miliknya. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Dia terus bersandar pada Sofa. Sinar kebahagiaan yang dia bayangkan akan menjadi miliknya nampaknya kini semakin malap.

"Encik Rish?" Panggil Pak Anas.

"Ada apa, Pak Cik?" Encik Rish terus bangun dari duduk pada Sofa. Meraup wajah dengan kedua dua belah tapak tangannya.

"Dah lewat malam ni. Taknak balik ke?"

"Oh maaf, pakcik. Saya tertidur tadi. Tak sedar pulak dah pukul berapa" Tangan Encik Rish meraba raba mencari tongkatnya.

"Nah" Pak Anas menghulurkan tongkat pada Encik Rish.

"Minggu depan saya ke Paris. Saya mungkin tak dapat datang kenduri kahwin Nia. Nanti Pak Cik tolong bawakan hadiah saya pada dia, ya?"

"Cik Rania jadi kahwin dengan Daniel?" Wajah Pak Anas berubah mendung.

"Ya" Encik Rish sedaya upaya cuba untuk mengukirkan senyuman meskipun senyumannya kelihatan sangat hambar. Disebalik senyuman yang terukir itu, tersimpan satu perasaan retak yang tidak dapat digambarkan.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now