HARI INI aku dibenarkan pulang. Dua hari lepas Nayla baru saja balik dari Luar Negara. Dia terus menjenguk aku di hospital dan berkeras mahu teman aku tidur di hospital. Apabila dapat tahu aku dibenarkan pulang, dia pula yang terlebih excited.
"Akak, bunga bunga ni nak buang ke atau nak buat bunga kering?" Tanya Nayla sambil membelek sejambak bunga yang terletak di hujung bilik.
"Mana yang masih elok, bawak lah balik. Yang dah lama lama tu, buang jelah" Tangan Aku terus melipat baju. Mak dan Kak Naura dipaksa pulang oleh Nayla semalam. Kalau tidak mesti aku tak payah buat semua kerja ni.
"Kak, betul ke akak dah ingat perkara dulu tu?" Tanya Nayla sambil mengasingkan bunga yang hendak dibawa pulang dan dibuang.
Aku berhenti melipat baju. Mataku terus memandang Nayla buat seketika. "Tak semua. Tapi akak sendiri pon keliru. Yang mana satu betul dan yang mana satu mimpi khayalan. Tapi semuanya terasa seperti bukan mimpi khayalan" Aku menghela nafas perlahan.
"Okay. Akak cerita je apa yang akak alami masa koma tu. Nanti biar Nur Nayla Najihah ni yang pastikan benda tu mimpi khayalan akak jeke atau betul betul kenyataan"
Sebaik saja mendengar tawaran Nayla, aku terus berhenti melipat baju lalu segera mendapatkan Nayla. Tanpa buang masa aku terus ceritakan apa yang aku alami. Kecuali kisah aku dan Iskandar. Kalau aku cerita pun bukannya dia kenal pun siapa Iskandar tu. Gerai ABC Mak Som pun entah entah dia tak pernah tahu tentang kewujudan gerai tu. Sebaik saja aku selesai bercerita, Nayla termenung panjang. Termenung tu dah sampai mana tu dik? Haih. Tiba tiba saja Air Mata dia menitis. Eh kenapa ni? Aku ada tersalah cakap ke?
"Bestnye" Dia bersuara perlahan.
"Apa yang seronok? Having no memory is much harder beyond your imagination. Sesuatu yang penting telah hilang daripada diri akak. Terasa macam berada dalam badan orang lain, fikiran orang lain. Akak dah tak kenal siapa akak sebenarnya. Jiwa akak mula rasa kosong" Aku mengeluh perlahan.
"Ya. Itu Nayla tahu. Tapi.. seronoknya.. akak dapat jumpa ayah balik walaupun hanya dalam mimpi khayalan"
Kata kata Nayla sebentar tadi membuatkan hati aku sebak. Ya. Itulah antara hikmah yang sangat aku hargai untuk setiap apa yang terjadi. Aku dapat mengulangi kembali memori bersama Ayah. Terasa seperti baru semalam aku berbual dengan Ayah.
"Nayla jangan pulak cerita dekat Mak. Nanti Mak sedih. Akak taknak tengok Mak sedih sedih tau" Pinta Aku perlahan. Nayla hanya menganggukkan kepala dia saja.
"Jadi, apa yang akak alami tu.. hanya mimpi khayalan akak je atau betul betul jadi?" Tanya Aku sekadar ingin tahu.
"Apa yang Nayla tahu, masa akak balik daripada keluar dengan 'abang hensem' akak tu, akak demam teruk. Tapi sehari tu jelah. Masatu sampai Mak mintak Ayah balik sebab risau keadaan akak yang panas mendadak. Keesokan harinya akak berubah sikap. Peluk dengan Mak dan Ayah sampai nangis nangis dan akak pengsan balik sebab akak terkejut tengok Nayla. Lepastu akak cakap akak nak tukar aliran sebab akak tak suka aliran sains"
"Jadi, apa yang akak alami tu semuanya betul?"
"Mungkin. Tapi itulah yang jadi. Sebab masa perkara tu terjadi akak tak cakap pun akak dah termasuk di zaman depan" jawab Nayla sambil membuat rolling eyes. Menyindir akak lah tu!
"Jadi, memang betul akak tukar aliran?" Aku mengeluh perlahan. Cuba memusatkan daya ingatan. Tetapi tetap berasa ingatan ini kosong.
"Ya. Dan sebelum kemalangan baru baru ni memang akak dah tahu akak pernah tukar aliran sekejap. Akak memang tahu akak pernah kemalangan dan lupa ingatan" tambah Nayla lagi.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...