PENAT. Penat badan. Daniel sibuk nak ajak Aku pergi membeli belah di Johor Premium Outlet. Katanya minyak wangi untuk barang hantaran tak beli lagi. Walau berkali kali aku cakap pergi lain kali saja, dia masih berdegil jugak. Sudahnya aku pula yang terpaksa mengalah. Nanti tak pasal pasal, bergaduh lagi.
Penat otak. Puas memikir apa yang dah jadi setahun yang lepas. Kenapa aku masih nak meneruskan perkahwinan jikalau hati aku hanya ada pada Encik Rish? Telefon berbunyi. Aku bingkas bangun. Lipat telekung dan sejadah. Katil Dina masih cantik seperti pagi tadi. Ni mesti tak balik lagi. Dia ke mana? Katanya tak ada kenal sesiapa dekat Johor.
"Akak!" Terdengar suara Nayla sebaik saja panggilan disambut.
"Assalammualaikum" ucap Aku. Sekadar ingin menyindir saja sebenarnya. Terdengar suara Nayla ketawa kecil kemudian menjawab salam. "Hah apa dia?" Tanya Aku.
"Bila akak nak balik ni?"
"Tengoklah sehari dua lagi"
"Lambatnya. Akak balik jelah esok"
Aku berjalan ke arah katil lalu menghempaskan diri ke katil. Ingin merehatkan badan yang terasa amat letih. "Tak boleh. Akak ada kerja sikit yang nak selesaikan"
"Eh. Akak dah ingat ke?" Suara Nayla tiba tiba kedengaran teruja. Kemudian terdengar pula suara Mak di belakang bertanyakan kepada Nayla.
"Belum lah"
"Alah. Orang ingat akak dah ingat balik"
"Nay, akak pernah cerita tak pada Nayla yang akak dan Abang Daniel kerap bergaduh?"
"Erm.. tak ada. Kenapa? Akak dengan Abang Daniel ada bergaduh ke?"
"Eh takdelah. Kami okay je. Cuma kadang kadang akak pelik dengan perangai Abang Daniel ni. Cemburu tak tentu pasal. Rasanya dulu tak macamni"
Terdengar Nayla ketawa. "Alah biasalah tu kak. Cemburu tandanya apa? Tandanya sayang.."
"Salah tu. Cemburu maknanya tak yakin. Tak yakin pada akak dan tak yakin pada hubungan ni"
"Akak.. mungkin Abang Daniel trauma lepas tengok akak koma. Mungkin sebab tu sekarang ni dia lain macam. Lepastu, stress buat persiapan kahwin lagi"
"Erm.." Aku tak tahu sudah nak cakap apa. "Bukan ke kalau nak kahwin, happy. Kenapa nak kena stress stress pulak?"
"Abang Daniel cemburukan siapa? Encik Rish?"
"Entah. Cemburu atau mungkin saja nak buat perangai tak semenggah dia tu"
"Dia buat apa?"
"Tak ada apa lah. Nayla, akak penatlah. Esoklah kita sambung lagi. Kirim salam pada Mak ya.."
"Okay. Pastikan call Nay tau!"
"Okay" Selepas matikan panggilan telefon, aku segera menarik bantal. Tak sampai beberapa saat, aku sudah hanyut dibuai mimpi.
❤️
AKU terjaga daripada tidur yang lena apabila terdengar pintu bilik diketuk bertalu talu. Pandang katil sebelah, masih lagi kosong. Takkan Dina terlupa bawak kunci bilik? Dengan perasaan sebal aku segera bangun. Budak Dina ni memang nak kena! Kacau jelah aku nak hayati mimpi tadi!
"Kejap! Kejap!" Laung Aku. Tergesa gesa ke arah pintu.
Sebaik saja aku membuka pintu, terlihat Encik Rish berpakaian kemas berdiri di hadapan pintu. Lekas lekas aku membetulkan rambut. Eh buat apa betulkan rambut. Dia bukannya nampak pun kan?
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...