Bab 19 - Siasat

2.8K 251 6
                                    

SEMENTARA menunggu Iskandar menjalani hukuman berkurung selama satu jam di perpustakaan, aku mengatur langkah ke kantin. Harini aku sengaja tak masuk ke perpustakaan, malas rasanya nak bertemu muka dengan pelajar lain. Tadi pun masa nak ke kantin, jenuh jugak aku nak sembunyikan muka aku. Semua asyik pandang lepastu bisik bisik. Mujur jugak Aidil dan Amirul jadi pengawal peribadi tak bergaji temankan aku ke kantin. Kalau tidak, memang harini aku sanggup berlapar.

"Korang nak makan tak?" Aku memandang Amirul dan Aidil.

"Takde selera" balas Amirul berwajah monyok. Aidil hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Hey rileks lah. Baru dituduh. Bukan korang bersalah pun" Aku tersengih. Lucu melihat wajah yang selama ini bukan main samseng tiba tiba bertukar menikus.

"Lebih kurang sama lah tu" balas Aidil. "Kalau Lieya tahu, habislah saham aku. Entah entah dia dah taknak kawan dengan aku lagi" Aidil mengeluh perlahan sambil bertongkat dagu.

"Kalau mak aku tahu, mahu satu taman nanti aku main enjit enjit semut sape sakit naik atas dengan mak aku" Amirul mengeluh pula sambil bertongkat kepala di meja kantin.

"Aku belanja korang minum eh" Aku bingkas bangun lalu menuju ke kaunter.

"Wah, dah ada kawan baru nampak" Tiba tiba terdengar satu suara menyapa di belakang.

Aku menoleh. Terlihat Shahira dan kawan kawannya tersenyum sinis kepada Aku. "So?" Aku menaikkan kening. Memandang sinis.

"Lain kali kalau dah takde duit, kau bagitau kitaorang eh. Setakat lima ratus tu kitaorang boleh bagi derma lah dekat kau" sampuk Nana.

Aku tersenyum. Menghulurkan tapak tangan aku kepada mereka. "Aku nak sekarang" balas Aku bersahaja.

Serentak itu wajah Shahira berubah keruh. "Kau ni memang perempuan tak tahu malu eh?"

"Oh yeke? Aku tak tahu lah pulak. Terima kasih eh sebab tolong ingatkan aku" ujar Aku bernada sinis.

Wajah Shahira berubah merah padam. Aku tersenyum kecil. Lucu melihat wajah yang konon nak kenakan orang tapi last last diri sendiri yang kena.

"Berapa kak?" Tanya aku kepada akak penjaga kaunter. Ketika hendak beredar, Shahira menahan kakinya, menghalang laluan aku.

"Kau nak apa lagi? Tak puas hati sebab aku tak ajak kau mencuri?" Soal Aku bernada sinis. Beberapa orang pelajar yang sedang beratur hendak membeli makanan hanya ketawa mengekek mendengar soalan aku itu.

"Aku akan pastikan cikgu laporkan kes tu pada polis. Biar kau dan kawan kawan kau meringkuk dalam penjara!" Terjegil mata Shahira memandang Aku.

"Apa masalah kau eh sebenarnya?" Soal Aku geram. Talam yang berisi air terasa ringan saja. Kalau aku tak sabar, mahu ada yang mandi air kopi sejuk kejap lagi ni kang!

"Takde masalah apa apa. Saja nak berborak dengan kau. Asal? Tak boleh?" Shahira tersenyum sinis.

Aku menarik nafas dalam lalu menghembus dengan laju. "Korang tak puas hati apa lagi? Korang nak Shafiq Aidan tu aku dah bagi. Sekarang nak siapa lagi? Aidil dan Amirul pulak? Macamtu? Haa kalau nak diaorang, ambillah"

"Kenapa ni?" Tiba tiba Iskandar muncul dari sisi. Dia memandang kami bersilih ganti sambil kedua dua belah tangannya menyeluk poket seluar.

"Eh, Is.." Terdengar suara menyapa.

Aku menoleh. Terlihat Liyana tersenyum senyum memandang Iskandar. Tak perasan pula Liyana ada bersama Shahira and the geng.

"Kan aku suruh kumpul dekat tepi padang?" Iskandar bertanya kepada aku.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now