Bab 7 - Nota

4.3K 337 16
                                    

PENAT sungguh. Aku tak tahu kenapa hari ini terasa begitu panjang. Dari satu hal ke satu hal! Sungguh aku semakin tertekan dengan keadaan. Sebaik saja kelas Cikgu Azrul tamat, tiba tiba loceng sekolah berbunyi menandakan ada pengumuman. Kami semua senyap dan mendengar pengumuman yang dibuat.

"Perhatian. Kepada pelajar bernama Nur Rania Elyaana Batrisyia dari kelas 5 Sastera dan Tengku Farish Iskandar yang turut dari kelas 5 Sastera, sila datang ke pejabat dengan kadar segera. Terima kasih"

Alamak. Nama aku dipanggil? Aku segera menoleh ke arah Iskandar. Kami saling berpandangan. Bukan itu saja. Semua pelajar kelas kami juga turut memandang ke arah kami berdua.

"Habislah korang" Laila hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Is, gentlemen sikit" sampuk Aidil kemudian tersengih sengih.

"Jangan risau, kitaorang akan sokong korang berdua" Terdengar satu suara yang menyampuk.

"Cepatlah" ajak Iskandar kemudian bingkas bangun.

Aku hanya menurutkan saja apa yang Iskandar cakapkan itu. "Kau agak, diaorang tahu ke pasal kau sorokkan kaset tu untuk aku?" Aku bertanya ketika kami berjalan menuju ke bangunan pejabat. Sepanjang jalan aku menyedari ramai mata yang memandang ke arah kami berdua. Di hujung bangunan kelihatan Laura sedang menunggu aku.

"Nia, apa kes ni? Betul ke apa yang aku dengar daripada mulut Shafiq Aidan tu?" Wajah Laura kelihatan cuak.

Aku menoleh ke arah Iskandar kemudian kembali menoleh ke arah Laura. "Dia cakap apa?"

"Dia cakap.. korang berdua bercinta" balas Laura separuh berbisik.

Iskandar tertawa sinis. Aku menoleh kepada dia dan membuat isyarat agar dia terus diam tanpa mengeluarkan satu pon suara.

"Fitnah semua tu. Ni pasal kaset kau tu lah!" Balas aku bernada geram.

"Habis, kenapa dia pon terlibat?" Dahi Laura berkerut kerut.

"Kaset dia ke?" Iskandar tiba tiba menyampuk.

Aku menganggukkan kepala.

"Menyesal aku!" Iskandar menepuk dahi. Aku tersenyum. Faham apa maksud Iskandar itu.

"Eh, takkan kerana kaset aku sampai nama korang kena panggil? Kenapa dia pon terlibat?" Soal Laura dalam keadaan cemas.

"Cepatlah. Nanti bising pulak cikgu tu" Iskandar menarik lengan baju aku.

Cepat cepat aku tepis. Kalau orang tengok tak pasal pasal gosip aku dan Iskandar semakin merebak. "Aku cerita balik nanti. Tapi, sediakan duit belanja Cendol empat mangkuk" pesan aku pada Laura kemudian aku bergegas pergi meninggalkan Laura dalam keadaan terpinga pinga.

"Hey, kau agak diaorang panggil ni sebab apa eh?" Tanya aku cuba mengejar langkah Iskandar yang berganda lebih pantas daripada langkah aku.

"Tak tahu" balas Iskandar terus berjalan dengan kedua belah tangan menyeluk poket seluar.

Aku menjeling tidak puas hati. Macam mana muka dia boleh tenang saja sedangkan hati aku ini hanya Tuhan saja yang tahu.

"Takkan cikgu tahu kaset tu aku punya?" Tanya aku lagi.

Aku mendengar dia menghela nafas perlahan. Aku tunggu juga Iskandar menjawab, tetapi sampai sudah dia hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang suara.

"Takkanlah pasal nota?" Aku bersuara lagi. Serentak itu rasa berdebar menyerang seluruh tubuh aku. Aku menoleh pada Iskandar buat seketika. Mengharapkan dia bersuara. Tetapi dia sama seperti tadi. Diam dan masih berlagak tenang. Terus melangkah pantas macam sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan pengetua.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now