"AIN, masa kita tingkatan satu dulu, kita bertiga satu kelas kan?" Tanya Aku sekadar meminta kepastian.
Ain mengangguk. Begitu juga dengan Laura. Mereka yang baru saja selesai mandi, segera mendapatkan aku yang masih tersadai di atas batu.
"Iskandar satu kelas dengan kita ke?"
Serentak Ain dan Laura saling berpandangan. Kemudian mereka memandang ke arah wajah Aku. "Kau ni dah kenapa? Dah kena sampuk dek hantu air ke?" Laura merenung tajam.
Ain menepuk bahu Laura. "Kau ni pon agak agak lah sikit. Kita kan kat hutan sekarang ni. Kalau betul betul muncul depan mata, kau jugak yang takut kang" marah Ain.
Aku hanya mengangguk mengiakan apa yang dibebel oleh Ain.
"Dah dia tanya soalan pelik. Memang nak kena dengan aku lah tu" Laura menjeling.
"Kau pun satu. Kenapa kau tanya? Kau lupa eh?" Soal Ain kemudian kembali merenung ke arah wajah aku.
Alahai susah betul. Jawab jelah! Yang mereka nak bersoal jawab ni apesal? Adeh! Ada yang kena goreng dengan aku karang!
"Kita satu kelas dengan dia dari tingkatan satu sampai lah tingkatan dua kot. Kenapa? Kau dah lupa ke? Baru duduk setahun dekat kelas sains takkan dah lupa semua kawan kawan kau yang lain?" Ejek Laura.
"Alaa. Aku ingat ingat lupa lah. Dulu kan satu kelas ramai. Mana aku nak ingat semua. Lagipun, aku rapat dengan korang berdua je" dalih Aku lagi.
"Ceh! Boleh harap punya budak. Aku ni masih ingat tau siapa satu kelas dengan kita dulu" celah Laura sambil tersenyum mengejek. "Kalau kau nak suruh aku sebut nama guru yang pernah ajar kita pon aku boleh sebut tau!" Sambungnya lagi lalu wajahnya mempamerkan wajah bangga.
"Yelah yelah. Aku ni bukan macam kau. Otak mcm memori telefon" puji Aku sekadar mahu mendiamkan mulut nenek kebayan Laura.
"Tapi kan.." Aku bersuara setelah berdiam diri buat beberapa saat. "Kau ingat tak pasal kad misteri tu?" Aku merenung wajah mereka berdua. Kali ini aku perlu lebih berhati hati memilih soalan yang perlu ditanyakan. Bimbang jika diri sendiri yang akan terjerat seperti tadi.
"Eh mestilah ingat. Sampai sudah kau tak tahu siapa pengirim kad tu kan? Agak agak tahun ni kau rasa kau dapat lagi tak kad kad tu?" Ain kelihatan berminat ingin tahu.
Sah! Memang betul kata Iskandar. Memang dia ada kirimkan kad tu. Tapi kenapa selama ni aku langsung tak ingat? Atau memori itu dah hilang angkara jangka masa yang terlalu lama? Tapi takkan perkara sebegini aku boleh lupa? Sedangkan aku masih ingat. Dulu aku pernah jatuh tergolek di tangga yang menuju ke makmal komputer dan aku masih ingat, Cikgu Badariah pernah puji aku sebab aku dapat markah yang bagus dalam peperiksaan. Aku juga ingat yang Ain pernah terkurung dalam tandas oleh kerana pintu terkunci dari luar.
Tapi macam mana perkara mengenai kad misteri itu aku boleh lupa?
"Eh, kau termenung kenapa? Kau dah tahu ke siapa yang bagi kad tu?" Laura memandang kehairanan.
Aku menggeleng. "Sebenarnya, aku terlupa kat mana aku simpan kad kad tu" Aku mengeluh perlahan. "Risau juga aku kalau kalau mak atau ayah aku terjumpa kad kad tu" Tambah aku lagi. Harap harap aku pernah beritahu mereka berdua dimana aku letaknya barang barang itu.
"Bukan ke kau letak kat tempat rahsia sebab kau risau Kak Naura curi baca? Masih selamat ke kad kad tu?" Tanya Laura.
"Tempat rahsia? Aku ada bagitahu kau tak kat mana tempat rahsia tu?" Alahai banyak sungguh perkara yang hilang daripada ingatan aku ni.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...