Bab 31 - Lelaki Misteri

2.7K 234 21
                                    

"RANIA.. Kenapa ni? Macam tak happy je?" Mak Leha bertanya sambil tangannya sibuk membuat gubahan untuk Majlis Perkahwinan Aku yang tinggal sebulan saja lagi. Semalam Aku dan Daniel dah ke Butik Perkahwinan. Warna Biru menjadi pilihan kami.

Em bukan pilihan kami.

Tapi,

Pilihan Daniel.

"Ada apa apa lagi yang akak nak tahu?" Tanya Nur Nayla Najihah.

Aku hanya menggelengkan kepala. Terus kakiku melangkah ke arah sofa empuk. Tanganku mencapai alat kawalan jauh, siaran di Televisyen dibuka. Semua sudah jelas. Semalam Aku tanya semua perkara yang pernah aku alami ketika Aku koma. Tak banyak yang keluarga Aku boleh pastikan. Kak Naura dan Abang Azrul kali pertama berjumpa sama seperti di dalam koma. Aku pengsan di dalam kelas dan Kak Naura datang ambil kemudian Abang Azrul bawa Aku ke klinik. Abang Azrul mengesahkan bahawa Aku pernah berbalas surat cinta dengan Iskandar. Kami berdua bergosip tentang cikgu sekolah.

Kisah Laila yang cemburukan Aku itupun adalah sebuah kisah benar. Semalam Shahira hubungi Aku melalui Messenger di Facebook. Aku tanya dia tentang Aku pernah tegur dia pasal niat dia nak kenakan Aku. Dia beritahu yang tak pernah terjadi cuma Aku dan Dia pernah bergaduh pasal perkara yang kecil. Tetapi setahun kemudian, hubungan kami mula baik semula. Aku ada hubungi Aidil. Tanya dia tentang kes pecah masuk koperasi. Memang benar. Tentang Aku cakap dia dan Lieya akan berkahwin dan cadangkan nama Anak mereka itupun adalah benar. Tapi, katanya masa itu Aku hanya bergurau.

Aku tanya Mak, pernah tak Aku menangis bila ternampak Ayah. Mak tersengih kemudian menganggukkan kepala. Kata Mak, ketika Aku baik demam.. Ayah kerja di luar daerah selama seminggu. Cuma bezanya dengan mimpi Aku, aku pengsan bukan sebab ternampak Nayla, tapi sebab Aku masih tak sihat lalu pengsan.

Menurut Ain dan Laura, memang kami pernah buat perkelahan. Segala di dalam mimpi Aku, sama seperti yang diceritakan oleh Mereka. Cuma bahagian Iskandar dan Aku tidak ada dalam cerita mereka. Menurut Mereka, aku membebel kerana Iskandar asyik mengganggu Aku. Paling yang buatkan aku terkejut besar ialah aku memang ada bawa video kamera ketika di perkelahan itu.

Tapi, di mana ya aku letak Video Kamera tu? Ya, Mak pun ada bagitau pasal Aku mintak Video Kamera dengan Ayah sebab Aku nak buat projek sekolah. Tapi bukan Ayah yang belikan. Ayah hanya pinjam dari pejabatnya saja. Bila Aku tanya mana rakaman yang pernah Aku buat, Mak cakap tak tahu. Semalam selepas Aku selongkar stor dan akhirnya aku terjumpa rakaman itu. Namun sayangnya, rakaman itu telahpun hilang entah ke mana.

Kisah Liyana dan Iskandar juga benar. Kisah Mereka pernah jadi gosip terhangat dekat sekolah. Tapi tidak lama lepas itu, ada terdengar cerita yang Liyana yang tinggalkan Iskandar. Apa cerita disebalik perpisahan mereka pun aku tak tahu.

Ya Allah. Kenapa mesti Aku perlu ingat semua perkara yang menyedihkan ini? Kenapa aku tak padamkan saja perkara yang menyedihkan itu dari kotak fikiran aku?

"Nayla" Panggil Aku ketika Nayla sedang asyik membantu Mak sediakan barang barang hantaran.

Nayla mendongak. "Akak nak apa?"

"Teman Akak pergi pejabat Akak"

"Nak buat apa kak?" Tanya Nayla. Mak Leha turut sama memandang ke arah Aku.

"Mungkin bila tengok pejabat, meja kerja atau teman sekerja, akak akan boleh ingat balik pasal kerja akak"

"Okay. Bila akak nak pergi?"

"Sekarang"

Serentak itu Mak dan Nayla terus memandang Aku. "Esok lusa jelah pergi" Mak menyampuk.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now