Bab 30 - Dia dah Arwah? 💔

2.9K 249 20
                                    

16 TAHUN LALU...

"RANIA, nah coklat ni untuk kau" Laura mengeluarkan sebungkus coklat untuk aku. Aku menyambut pemberian Laura dengan senyuman meleret. Laura memandang kaki aku yang berbalut.

"Sakit tak?" Tanya Dia dengan dahi yang berkerut.

"Sikit. Diaorang bagi makan ubat tahan sakit" balas Aku sambil membuka bungkusan coklat pemberian Laura.

"Korang dari sekolah ke?" Tanya Aku apabila melihat mereka masih berpakaian sekolah.

Kedua duanya menganggukkan kepala secara serentak. Mereka memang kerap datang teman aku di hospital. Kalau hujung minggu, sehari suntuk mereka melepak di dalam bilik ini. Mujur juga mereka datang teman. Kalau tidak memang bosan lah tinggal di dalam bilik seorang diri. Dua orang pesakit yang selalu menjadi teman berbual sudah seminggu keluar dari wad.

"Kau ada bawak nota yang aku mintak semalam?" Tanya Aku kepada Ain. Menurut cerita Mak, aku koma hampir sebulan. Aku dilanggar ketika hendak melintasi jalan. Mujur Ain dan Laura ada di tempat kejadian. Mereka berdua lah yang menelefon ambulans.

"Ini nota Cikgu Azrul" Ain menyerahkan beberapa buah buku kepada Aku.

"Eh. Kenapa nota subjek sastera ni?" Tanya Aku berasa hairan lalu memandang Ain dan Laura bersilih ganti.

Serta merta wajah Ain dan Laura berkerut kerut. "Yelah. Habistu kau nak nota apa?" Tanya Ain.

"Nota bio. Fizik. Kimia. Mana?" Tercengang Aku semasa memandang Ain. Sejak bila pulak aku ambil aliran sastera? Ain dan Laura saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian serentak mereka berdua memandang tepat ke arah wajah Aku.

"Takkan kau tak salin untuk aku?" Tanya Aku lagi. Masih berasa hairan. Sekali lagi Ain dan Laura saling berpandangan antara satu sama lain.

"Korang ni dah kenapa?" Tanya Aku. Geram lah pulak tengok mereka ni!

"Kau tak ingat ke?" Laura bersuara perlahan.

"Ingat? Ingat apa?" Tanya Aku.

"Kau tak ingat yang kau ada tukar aliran?" Jawab Ain perlahan.

"Hah?!" Kedua dua belah kening Aku terangkat. Kemudian aku tergelak kecil. "Korang ni janganlah buat lawak yang tak berapa menjadi tu! Apesal pulak aku nak tukar aliran? Kerja gila tau tak! Tahun ni kita dah nak SPM tau"

"Betullah Rania. Awal tahun kau tukar aliran! Kau duduk kelas paling hujunggg sekali" sampuk Laura dengan wajah yang serius.

Melihat wajah Ain dan Laura yang tiada segaris senyuman di bibir mereka, membuatkan jantung Aku berdegup dengan kencang. Nampaknya mereka berdua memang serius.

"Kau tak ingat?" Tanya Ain lagi.

"Tak" jawab Aku sepatah. Aku menarik nafas dalam sedalamnya. Kemudian pesanan doktor semalam terngiang ngiang dalam ingatan Aku.

"Berdasarkan pemeriksaan, kami dapati awak mengalami trauma amnesia. Mungkin disebabkan hentakan yang kuat ketika kemalangan. Sebab itu awak terlupa beberapa perkara. Tapi, awak jangan risau. Kemungkinan keadaan ini hanya berlaku untuk jangka masa yang pendek"

"Korang.. sebenarnya.." Lantas Aku ceritakan apa yang doktor beritahu Aku semalam kepada Ain dan Laura. Aku sangkakan Aku hanya lupa beberapa perkara yang kecil.

"Jadi, sekarang ni memang sah kau lupa ingatan?" Tanya Ain.

Aku terus menganggukkan kepala. "Agaknya"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now