Bab 18 - Diperangkap

3.5K 247 11
                                    

"KELAS, hujung minggu ni saya tak buat kelas tambahan. Tapi jangan ambil kesempatan nak goyang kaki pulak. Ingat, tahun ni korang semua ada peperiksaan besar" pesan Cikgu Zamri sebelum menghabiskan sesi kelasnya.

Serentak itu terdengar para pelajar bersorak riang. Aku menghela nafas perlahan. Sama ada kelas tambahan ada ataupun tidak ada, aku tetap kena berkurung dekat rumah. Ketika musim cuti inilah aku boleh mengulangkaji pelajaran. Kalau aku bersuka ria macam mereka mesti aku akan ketinggalan.

"Cikgu nak pergi mana? Dating ke?" Terdengar satu suara nakal yang bertanya.

Wajah Cikgu Zamri berubah kelat. "Siapa yang tanya tadi? Nak kena tolak markah dalam ujian ke?"

Kelas terus diam. Tak ada sesiapapun yang berani bersuara. Tahupun takut.

"Tanya apa cikgu? Saya tak dengar" Terdengar satu suara yang lain pulak menyampuk. Cikgu Zamri hanya menjeling kepada pelajar itu saja.

"Assalammualaikum, cikgu" Terdengar pintu kelas diketuk. Serentak itu kami menoleh ke muka pintu. Terlihat beberapa orang pengawas sekolah sedang berkumpul di luar kelas.

"Apahal ni ramai ramai?" Tanya Cikgu Zamri.

"Kami datang nak buat pemeriksaan"

"Pasal pagi tadi ke?" Tanya Cikgu Zamri lagi. Pengawas itu menganggukkan kepala.

"Kenapa tak serahkan kes ni kepada pihak polis je?" Soal Cikgu Zamri.

"Pengetua baru dapat maklumat. Mereka yang terlibat dalam kes pecah masuk ni dilakukan oleh pelajar sekolah ni. Jadi, pengetua dan cikgu disiplin nak siasat dulu sama ada maklumat tu betul ataupun tidak. Kalau lepas pemeriksaan ni kita tak jumpa lagi penjenayah tu, baru pengetua serahkan kes ni kepada pihak polis" terang Pengawas itu.

Serentak itu hati aku berdegup dengan laju. Aku menoleh kepada Iskandar. Dia kelihatan tenang. Harap haraplah dia tidak terlibat.

"Okay korang boleh buat pemeriksaan sekarang. Semua pelajar berdiri di tepi meja" arah Cikgu Zamri.

Dari satu meja ke satu meja pemeriksaan dibuat. Tiba di meja Aidil, dia tersenyum sinis kepada pengawas yang memeriksa mejanya.

"Buang masa korang je. Takde maknanya aku nak mencuri duit koperasi. Baik aku pergi curi duit bank je terus" ujar Aidil lalu ketawa mengekek.

Tiba tiba pengawas yang memeriksa memandang wajah Aidil. "Ni apa?" Pengawas itu mengeluarkan satu plastik gula gula lalu diletakkan diatas meja.

Wajah Aidil yang sedang tersengih tadi kini mula berubah cuak. "Eh, itu bukan barang aku. Apahal aku nak simpan gula gula sampai satu plastik!" Marah Aidil ingin merampas bungkusan itu namun segera ditegah oleh pengawas yang lain.

Cikgu Zamri terkedu. "Takkan gula gula tu tanda dia yang terlibat?" Cikgu Zamri bersuara.

"Kami cuma memeriksa, cikgu. Semua bahan bukti kami akan serahkan kepada guru disiplin" jelas Pengawas itu.

Aku segera menoleh ke arah Iskandar. Nampaknya dia masih kelihatan tenang saja.

"Apa pandang pandang?" Iskandar mencerlung.

Aku mencebik. Mendengus perlahan. Mata aku kembali melihat pengawas yang bertugas memeriksa beg pelajar lain. Namun, sebaik saja tiba giliran Iskandar, hati aku mula berdegup dengan kencang. Tuan punya badan pulak masih tenang saja seperti tadi. Sebaik saja selesai memeriksa beg Iskandar, mereka beralih pada Laila pula. Lambat lambat aku menarik nafas lega.

"Kau ingat aku ni muka pencuri ke?" Iskandar berbisik di hujung telinga aku.

Berderau darah aku dibuatnya. Aku menjeling. Dia tersenyum. Kini tiba giliran meja aku pula. Aku berganjak sedikit ke belakang memberi ruang kepada pengawas untuk membuat pemeriksaan.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now