DUA jam lagi Aku akan sampai ke Paris. Langsung tak terlintas dalam fikiran yang Aku akan sampai ke Paris dalam masa terdekat ini. Semuanya berlaku hanya sekelip mata saja. Sebaik saja membuat panggilan dan mendengar penerangan daripada mulut Mak Som, aku terus paksa Nayla untuk booking tiket ke Paris keesokan harinya dan aku terus bergegas mengemas pakaian. Tak banyak pun pakaian yang aku bawa. Mujur saiz badan aku dan Nayla tak jauh beza. Bolehlah aku pinjam baju sejuk dia.
Pada mulanya Mak agak berat hati untuk melepaskan aku pergi. Tapi selepas aku memujuk, selepas Nayla pun turut memujuk, Kak Naura dan Abang Azrul pun memujuk, akhirnya Mak bersetuju. Daniel langsung tidak tahu akan tindakan spontan aku ini. Kalau dia tahu, memang dia tidak akan benarkan aku pergi.
Biarlah. Aku sudah nekad. Ke Paris untuk bertemu dengan Encik Rish adalah perkara yang sangat sangat penting yang perlu aku lakukan. Jika tidak, seumur hidup aku akan penuh dengan penyesalan yang berpanjangan. Jika tidak, seumur hidup Aku akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak membuat keputusan yang betul. Sekarang aku sudah dapat jawapannya disebalik semua yang terjadi. Aku sudah tahu kenapa ingatan aku dipadamkan untuk seketika dan aku sudah tahu mengapa memori lama dikembalikan.
Walaupun aku masih belum ingat sepenuhnya, tapi aku tersangat yakin dengan tindakan aku ini adalah satu tindakan yang betul.
"Hai. Tak boleh tidur ke?" Gadis disebelah menyapa aku.
Aku menoleh. "Tak" Aku tersenyum. Masa awal penerbangan kami tadi, tak sempat nak berbual pun. Hanya berbalas senyuman saja kemudian masing masing melayan perasaan dan tertidur.
"Datang bercuti?" Tanya Dia. Kelihatannya gadis itu peramah orangnya.
"Emm.. lebih kuranglah.." jawab Aku tergagap gagap. Takkan aku nak cakap aku datang cari lelaki pulak? Malu weh! Tak pasal pasal dia cop aku perigi mencari timba!
"Awak bercuti?" Tanya Aku sekadar ingin berbasa basi.
"Oh tidak. Saya nak cari seseorang" Dia tersenyum. Aku tergamam. Tak sangka. Jadi bukan aku seorang dalam penerbangan ini nak ke Paris semata mata nak cari orang lah?
"Nama saya Adhia Maisarah" Gadis bermata kelabu itu menghulurkan tangannya kepada Aku.
"Saya, Nur Rania Elyaana Batrisyia. Just call me, Rania" balas Aku lalu menyambut huluran tangannya.
Dia merenung ke arah wajah Aku untuk seketika. "I dont know why, but saya rasa macam pernah nampak awak sebelum ni. Tapi dimana ya?"
"Oh yeke?" Tanya Aku bernada terkejut.
Dhia menganggukkan kepalanya. "Tapi, saya lupa. Mungkin awak ingat?" Tanya Dhia.
"Emm.. sebenarnya.. saya.." Pantas Aku menceritakan keadaan Aku selepas kemalangan.
"Oh maaf.. saya.." Dhia memandang Aku dengan wajah simpati.
"Takpe. Saya yakin setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya kan?"
"Betul tu. Saya setuju" Dhia tersenyum meleret.
Sempat mata Aku memerhati wajah Adhia. Manis orangnya. Berambut lurus, wajah berbentuk hati, mempunyai lesung pipit di kedua dua pipinya. Memang tak puas rasanya nak memandang wajahnya. Tapi, agaknya dia cari siapa ye sampai sanggup datang ke sini?
"Awak datang sorang jeke?" Mood nak mengorek rahsia orang sudah kembali.
Dhia menganggukkan kepalanya. "Awak?"
"Sorang jugak. Nak jumpa kawan istimewa ke?" Tanya Aku dengan muka yang tak tahu malu.
Lambat lambat Dhia menganggukkan kepalanya lalu tersipu malu.
YOU ARE READING
Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
Teen Fiction[COMPLETED] Tengku Farish Iskandar. Pernah dikecewakan oleh bekas kekasih hatinya yang bernama NAURA INSYEERAH suatu ketika dahulu. Sejak kejadian itu, lelaki melayu berkacuk pakistan itu mula mengubah persepsinya terhadap wanita. Dia memandang mana...