Bab 54 - Kepercayaan

2.8K 188 7
                                    

SEMINGGU berlalu. Selama seminggu itu jugaklah Iskandar sering mengelak daripada bertembung dengan Rania. Kalau ternampak Rania di hujung koridor, dia pasti akan menapak ke jalan lain yang lebih jauh. Kalau ternampak Rania di kantin sekolah, dia sanggup menahan lapar atau mengarah mana mana anak buahnya untuk membelikan makanan untuknya. Sejak seminggu yang lalu, Rania dianggap adalah musuhnya.

Walau berkali kali Rania cuba menghampiri, dia memang akan mengelakkan diri. Malah sengaja dia buat wajah yang menjengkelkan. Saja hendak menyakitkan hati si Gadis itu. Biarkan Rania tahu, kebaikannya ada juga batasnya.

Sakit hatinya bertambah parah lagi apabila melihat Rania dan Rayyan Nakhaie semakin rapat. Kerap dia terlihat Rania dan Rayyan membalas senyuman dan pandangan. Berbual mesra di koridor dan ternampak Rayyan menyerahkan surat kepada kawan kawan Rania. Cukuplah. Bagi Iskandar, Gadis yang cantik memang tidak berbaloi untuk dicintai! Gadis yang cantik sememangnya kejam! Gadis yang cantik sememangnya tiada perasaan!

"Iskandar" Terdengar suaranya dilaung.

Iskandar terus mengatur langkah. Dia kenal sungguh dengan suara itu dan dia tak mahu layan. Dia tahu apa yang akan keluar daripada mulut itu dan dia tak sudi nak mendengar. Terdengar Rania berlari menghampirinya. Iskandar semakin pantas mengatur langkah. Rania terus memintas, menghalang Iskandar dengan mendepakan tangannya dihadapan Iskandar.

"Dengar dulu apa yang aku nak explain ni boleh tak?"

"Apa yang keluar daripada mulut kau tu semuanya aku tak sudi nak dengar!" Iskandar terus menepis tangan Rania kemudian terus mengatur langkah.

"Iskandar, please" Sempat tangan Rania menyambar tangan Iskandar.

Iskandar terus merentap. "Kau nak apa lagi? Kau dah dapat Rayyan kan? Jadi jangan ganggu aku lagi. Aku tak selesa lah!" Jerkah Iskandar melepaskan kemarahan yang dipendam selama hampir seminggu ini. Mujur di kawasan itu tiada mana mana pelajar yang lalu lalang.

Rania terkedu. Memang dia tahu Iskandar samseng, tapi selama dia mengenali lelaki itu, tak pernah sekali pun dia melihat Iskandar marah ataupun naik angin padanya. Air matanya terus jatuh berlinangan.

"Perempuan cantik macam kau ni memang tak berbaloi untuk aku pertahankan! Perempuan cantik macam kau ni memang takde perasaan. Buta! Bodoh! Bebal! Perempuan macam kau ni..." Iskandar berhenti seketika apabila melihat Rania sudahpun menangis teresak esak. Tiba tiba mulutnya terasa kaku. Dia mendecit geram. Pantang sungguh kalau nampak perempuan menangis ni! Bukan apa, sebab perempuan menangis ni nampak comel dan cantik sangat!

"Kau jangan nangis depan aku boleh tak!" Marah Iskandar. Cuba mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran terlalu meninggi.

"Aku mintak maaf. Aku terkejut. Aku tak tahu nak cakap apa haritu. Lagipun Cikgu Zul tu jiran aku. Aku takut kalau dia tahu surat tu untuk aku, dia akan bagitahu dekat ayah aku"

"Sudahlah! Nasi dah jadi bubur dah pun. Kau nak explain panjang panjang pun takde guna dah!" Iskandar terus mengatur langkah.

"Iskandar! Aku nak tahu sangat surat tu daripada siapa!" Jerit Rania.

Iskandar berhenti melangkah. Menoleh dengan wajah terpinga pinga.

"Kau kan yang tulis surat tu?" Soal Rania.

Iskandar melangkah menghampiri Rania. Tiba di hadapan Rania dia merenung wajah itu sesaat. Kemudian menghela nafas perlahan. "Rayyan cakap apa?" Soal Iskandar lalu memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket seluar. Wajahnya penuh dengan wajah sinis.

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now