Bab 36 - Dear?

2.8K 221 14
                                    

KAMI berjalan beriringan ke arah Lif. Seperti tadi. Tangan Aku terus melingkar di siku lengan Encik Rish. Seolah olah dia yang memimpin Aku berjalan.

"Kenapa You pilih I untuk design galeri You? Sedangkan ramai designer yang lebih senior daripada I dekat Pejabat tu" Pertanyaan Aku memecah suasana yang menjadi sunyi buat seketika tadi.

Tangannya meraba raba ke arah butang Lif kemudian menekan butang Lif tersebut. Tangannya dimasukkan kembali ke dalam poket seluar. "I perlukan idea baru. Jadinya, hanya orang baru saja yang boleh berikan idea baru pada I" jawab Encik Rish bersahaja.

"You tahu kan I lupa semuanya. Jadi I rasa rugi pulak sebab tak boleh ingat semua tu. Bukan senang tau orang baru macam I dipilih. Mesti masatu perasaan teruja I lain macam. Tapi, I tak dapat rasa pun sekarang ni" Aku menghela nafas perlahan.

"Kalau You nak tahu, masa dalam mesyuarat pemilihan, design tu.. Datin yang umumkan design You terpilih. Tiba tiba You menjerit kuat tau haha" Encik Rish ketawa kecil.

"Serius lah?"

Encik Rish menganggukkan kepalanya. "Ya. Mestilah I tak nampak muka orang lain macam mana. Tapi masatu I pun nak tumpang menjerit sekali tau" Encik Rish terketawa lagi buat sekian kalinya.

"Kenapa?"

"Sebelum Syarikat kami dapatkan perkhidmatan agensi You, dah banyak agensi lain hantar proposal kepada kami. Tapi tak ada satu pun yang kami berkenan. Lepastu tiba tiba Datin teringat dia pernah pergi rumah kawan dia dan dia berkenan dengan konsep rumah tu. Lepastu dia bersungguh sungguh cari sampailah dia jumpa. Dan pencarian dia tak sia sia sebab designer tu memang betul betul memenuhi kehendak kami"

"Maksud You?"

"Maksud I.. You lah orangnya"

Mulut aku sudah melopong. Tapi depan Encik Rish ni aku tak payah nak tutup mulut pon, sebab memang dia tak nampak. "Takkan kot? Sampai macamtu sekali?"

Encik Rish menganggukkan kepalanya. Sejurus itu pintu Lif terbuka. Aku memimpin dia untuk masuk ke dalam. Memasukkan kad kemudian menekan butang Lif. Mujur bilik kami berada di aras yang sama.

"Datin memang partner yang sangat bagus. Seboleh bolehnya dia nak impian I tercapai. Sebab tu dia sanggup cari sampai jumpa design yang I puas hati"

"Tapi kalau I cakap sesuatu, You jangan marah eh" Aku meminta izin terlebih dahulu sebelum menyatakan pandangan aku yang mungkin agak kasar.

"Silakan"

"You bukan nampak pun. Jadi, buat apa nak design macam macam?"

Encik Rish tersenyum.

"I mintak maaf. I.." Belum sempat pun aku menghabiskan kata kata, dia terus angkat tangan.

"Takpe. Soalan tu memang dah biasa orang lain tanya. I tak marah pun lah. Tapi, I lebih puas hati kalau dapat share dengan orang yang bertanya supaya mereka lebih faham keadaan orang macam I yang tak boleh melihat ni"

Aku terus mendiamkan diri. Menanti dia menyambung bicaranya.

"Walaupun I tak nampak, tapi orang lain boleh nampak I, kan?"

Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Kemudian bersuara. "Ya"

"Macam pakai baju. I buta. Kalau I pakai baju buruk, compang camping. I tak nampak kan. Tapi, persepsi orang yang pandang I mesti lain kan? Sebab penampilan diri I mencerminkan peribadi I. Kalau I pakai baju kotor, comot, rasanya You pun tahu I ni jenis macam mana. Kalau I pakai baju yang bersih, wangi, mesti You pun boleh agak I sukakan kebersihan, kan?"

Mamat Dingin, I Love You! [✔️]Where stories live. Discover now